Pentadbiran YFA Bintang Muda beserta Pengurusan YFA-BINTANGMUDA.COM ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2008 kepada semua pelatih, jurulatih, pengurusan dan yang terutama sekali, kepada para ibubapa yang telah tidak jemu jemu memberikan sokongan baik dari segi moral, tenaga, masa maupun wang demi untuk menjayakan YFA Bintang Muda.
Pelatih² berusia 8, 10, 12, 14 & 16 yang telah meningkat usia akan mengikuti skim latihan baru. Pelatih² lain pula akan menjadi tulang belakang baru kepada pasukan mereka. Diharap kesinambungan ini akan membibitkan benih² kejayaan yang lebih manis lagi untuk dikenang pada tahun 2008 nanti.
Sokongan para ibubapa memainkan peranan yang penting dalam pembangunan bolasepak remaja baik di YFA Bintang Muda maupun di mana² akademi bolasepak negeri sekalipun. Tanpa sokongan dan dorongan para ibubapa, remaja² yang mempunyai minat mendalam dalam bidang bolasepak akan berkubur begitu sahaja.
Di usia inilah para remaja perlu didedahkan dengan aktiviti berfaedah yang boleh membantu pemikiran, pergaulan serta sifat jati diri mereka demi menempuh cabaran di masa hadapan.
Sehubungan dengan itu, demi merapatkan perhubungan diantara pelatih, jurulatih serta ibubapa, para ibubapa dijemput untuk hadir sendiri di padang latihan bagi menyaksikan sendiri latihan yang diikuti oleh anak mereka.
Selain dari itu, para bapa yang berminat untuk beriadah setelah sepanjang minggu bekerja dipelawa untuk menyertai pasukan bolasepak para bapa yang semakin aktif mengadakan perlawanan persahabatan bersama YFA Bintang Muda ataupun bergerak secara bersendirian.
Waktu latihan (anda pasti terhibur dengan gelak ketawa para bapa semasa latihan) adalah selepas waktu latihan YFA Bintang Muda di Padang Bolasepak MPAJ Pandan Indah. Buat masa ini, tiada bayaran dikenakan untuk turut serta. Berminat boleh berhubung dengan En Bahar, En Ismail ataupun En Aren.
Semoga Tahun 2008 membawa kenangan yang lebih manis kepada semua.
Kita Menang ... sebagai satu pasukan,
Kita Kalah ... juga sebagai satu pasukan!