10 Disember, 2007

LATIHAN DIBATALKAN

Pengarah Kejurulatihan YFA Bintang Muda, En Radhakrishnan Nadesan telah memaklumkan kepada YFA-BINTANGMUDA.COM bahawa YFA Bintang Muda akan menyertai Kejohanan Bolasepak PKNS 2007 di Kelana Jaya Selangor pada hari Sabtu, 15 Disember 2007. YFA Bintang Muda akan menghantar pasukan Bawah 8 Tahun (U8), Bawah 10 Tahun (U10) dan Bawah 18 Tahun (U18).

Sehubungan dengan itu, latihan pada hari Sabtu, 15 Disember 2007 telah dibatalkan. Walaubagaimanapun, latihan pada hari Ahad, 16 Disember 2007 akan berlangsung seperti biasa.

Beliau juga memaklumkan bahawa yuran bulanan YFA Bintang Muda yang sejak penubuhannya kekal pada kadar terendah disekitar Lembah Klang terpaksa dinaikkan untuk menampung kos pengurusan kelab.

Namun, mengambil kira faktor sokongan para ibubapa yang telah banyak memberi bekerjasama membangunkan YFA Bintang Muda, kadar kenaikan ini adalah yang paling minima dan diharap kenaikan ini tidak akan membebankan para ibubapa.

Oleh yang demikian, mulai Januari 2008, yuran baru yang telah ditetapkan adalah sebanyak RM40.00 sahaja. Diharap para ibubapa akan terus memberi sokongan kepada pengurusan kelab dan jika ada sebarang pertanyaan, sila merujuk kepada beliau.

YFA-BINTANGMUDA.COM juga ingin memaklumkan bahawa satu perlawanan persahabatan telah diadakan menentang Akademi Bolasepak FAM Bawah 12 Tahun pada hari Ahad, 9 Disember 2007 bertempat di Kompleks Sukan Bukit Jalil.

YFA Bintang Muda telah menghantar 2 pasukan iaitu Bawah 12 tahun dan Bawah 10 Tahun. Melihat kepada persembahan serta keputusan perlawanan pasukan Bawah 12 Tahun serta Bawah 10 Tahun, YFA-BINTANGMUDA-COM pasti, kedua dua pasukan ini dapat pergi lebih jauh lagi dalam sukan bolasepak.

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...