16 Februari, 2008

PERTANDINGAN BOLASEPAK YFA BINTANG MUDA - KRONOS

YFA Bintang Muda akan mengadakan satu pertandingan bolasepak untuk pelatih2 U8, U10 dan U12 seperti yang tertera di bawah:

Tarikh
24 Februari 2008 (Ahad)

Masa
8.00 pagi hingga 4.30 petang

Lokasi
SMK Pandan Indah, Pandan Indah.

Yuran Pertandingan
RM15.00 sahaja (Perlu dijelaskan sebelum 23 Februari 2008 kepada jurulatih kategori masing2)

Para pelatih dikehendaki berkumpul di lokasi yang dinyatakan di atas pada jam 7.30 pagi. Bagi pelatih U8 & U10, sila pakai jersi latihan warna kuning manakala pelatih U12 dikehendaki memakai jersi latihan bewarna merah.

ATURCARA PERTANDINGAN

ATURCARA PEMBUKAAN
0800 - 0815 pagi - Ketibaan tetamu dan pemain
0820 - 0830 pagi - Ketibaan tetamu VIP
0830 - 0840 pagi - Pasukan bertanding berkumpul
0840 - 0845 pagi - Nyanyian lagu NegaraKu
0845 - 0850 pagi - Bacaan doa pembukaan
0855 - 0900 pagi - Pembacaan ikrar diketuai oleh Ketua Pasukan U12 YFA Bintang Muda
0905 - 0920 pagi - Ucapan perasmian oleh tetamu VIP
0925 - 0930 pagi - Penyampaian cenderahati diikuti dengan perlawanan pertama setiap kategori

ATURCARA PENUTUP
1500 - 1510 petang - Pasukan bertanding berkumpul
1510 - 1520 petang - Ucapan penutup
1520 - 1530 petang - Penyampaian cenderahati untuk pengadil
1530 - 1545 petang - Penyampaian hadiah

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda, En. Radhakrishnan di 016-675 0081.

En. Radhakrishnan juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para ibubapa/penjaga yang telah dan akan memberikan kerjasama kepada YFA Bintang Muda selama ini.

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...