03 Mac, 2008

PILIHANRAYA UMUM KE 12

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda, En Radhakrishnan Nadesan telah memaklumkan kepada YFA.MALAYSIA.COM bahawa latihan pada hari Sabtu, 8hb Mac 2008 telah dibatalkan sempena Pilihanraya Umum ke 12 yang telah ditetapkan pada hari tersebut.

Walaubagaimanapun, latihan pada hari Ahad, 9hb Mac 2008 akan berjalan seperti biasa.

Sementara itu, YFA Bintang Muda telah mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang Kelab Bolasepak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Perlawanan telah diadakan semalam, Ahad 2 Mac 2008 bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya.

YFA Bintang Muda telah menghantar 3 pasukan bagi setiap kategori U8, U10 & U12. Perlawanan ini juga merupakan acara memanaskan badan bagi pelatih YFA Bintang Muda bagi menghadapi Kejohanan Bolasepak anjuran Royal Selangor Club (RSC) tidak lama lagi.

Persembahan semua pelatih YFA Bintang Muda boleh dibanggakan setelah kesemua perlawanan tamat. YFA Bintang Muda tidak pernah ketandusan pelatih walaupun ramai pelatih2 lama yang sudah naik ke kategori yang lebih tinggi.

Sejurus selepas kesemua perlawanan tamat, tibalah acara bagi pasukan bapa pula. Walaupun sang matahari sudah meninggi tegak di atas kepala, namun semangat yang ditonjolkan oleh para bapa kedua pasukan harus dipuji.

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...