31 Mac, 2008

LIGA PRO

YFA Bintang Muda telah menyertai pertandingan 'LIGA PRO' anjuran Little League Soccer yang diadakan buat julung kalinya pada tahun ini.

Tujuan LIGA PRO ini diadakan adalah untuk memastikan para pelatih cilik mendapat pengalaman seluasnya dalam situasi pertandingan sebenar bagi memperlengkapkan diri mereka untuk menghadapi pertandingan2 besar akan datang.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah U10, U12 & U14. Corak pertandingan adalah secara 'home' & 'away'. Antara pasukan yang turut menyertai LIGA PRO ini selain YFA Bintang Muda adalah Little League Soccer (penganjur), MBPJ, UM Pintar, Brazilian Football Academy (BFA), USJ One FC & Royal Selangor Club (RSC).

Pada pertemuan sulung, YFA Bintang Muda telah bertemu dengan Royal Selangor Club (RSC) di Padang Royal Selangor Club (RSC) Bukit Kiara. Keputusan perlawanan adalah seperti berikut:

U10
YFA Bintang Muda 2 - 3 Royal Selangor Club

U12
YFA Bintang Muda 1 - 3 Royal Selangor Club

U14
YFA Bintang Muda 6 - 0 Royal Selangor Club

Walaupun tewas, pasukan U10 & U12 telah mempamerkan semangat juang yang tinggi apabila bangkit semula dari ketinggalan. Tahniah diucapkan pada pasukan U14 kerana telah mempamer corak permainan yang mengkagumkan.

Nantikan berita seterusnya minggu hadapan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...