17 Mac, 2008

KEJOHANAN ANTARABANGSA REMAJA RSC KE 3

Syabas dan tahniah kepada YFA Bintang Muda kerana sekali lagi telah mempamerkan persembahan yang menyakinkan semasa di Kejohanan Antarabangsa Remaja ke 3 2008.

Secara keseluruhannya, para pelatih YFA Bintang Muda telah berjaya membuktikan latihan yang mereka jalani selama ini tidaklah sia sia sahaja. Penguasaan permainan amat ketara serta tidak boleh dinafikan di mana sahaja YFA Bintang Muda sedang bertanding, pasti kiri dan kanan padang penuh dengan para penonton yang ingin menyaksikan persembahan pelatih cilik ini.

Keputusan penuh adalah seperti berikut:

U9
- Naib Juara
- Penjaring Terbanyak (Mohd Danial Hazim Bin Mohd Ilham)

U13
- Juara
- Pemain Terbaik (Mohd Syafiq Bin Mohd Kamal Khor)
- Penjaring Terbanyak (Mohd Syafiq Bin Mohd Kamal Khor)
- Pemain Terbaik Perlawanan Akhir (Mohd Norikhwan Bin Mohd Ismail)

U15
- Juara
- Pemain Terbaik (Muhd Hadin Bin Azman)
- Penjaring Terbanyak (Muhd Hadin Bin Azman)
- Penjaga Gol Terbaik (Varathan a/l Muruga Rajan)

Tahniah kepada semua pelatih yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi. Kepada yang kurang berjaya, berusaha lagi dengan lebih gigih untuk kejohanan di masa hadapan.

Tidak dilupakan juga para ibubapa yang telah memberikan sokongan padu serta tanpa berbelah bagi disepanjang kejohanan ini.

Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...