08 Mac, 2010

SUDAH BERSEDIA UNTUK KARNIVAL DALAMAN 2010?

Karnival Dalaman CIMB Foundation - YFA Bintang Muda kembali lagi dengan penyertaan lebih ramai pelatih dari kesemua 5 cawangan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda iaitu dari cawangan Pandan Indah, Bandar Baru Sentul, Cheras, Sungai Buloh dan MDHS Bukit Beruntung.

Butiran karnival adalah seperti berikut:

Tarikh
13hb. Mac 2010 (Sabtu)

Masa
7.00 pagi - 5.30 petang


Lokasi
Institut Perguruan Teknik Malaysia
Bandar Tun Razak, Cheras KL

Kategori
Semua pelatih CIMB Foundation - YFA Bintang Muda

Peringatan
Sila hadir berpakaian jersi latihan warna oren, seluar hitam & stokin hitam.



Sudah pastinya tujuan karnival dalaman ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru serta sebagai pendedahan menyertai kejohanan kepada semua pelatih.

Menariknya pada karnival kali ini, para pelatih telah dibahagikan kepada beberapa rumah seperti rumah kuning, merah, biru, hijau dan sebagainya. Para pelatih dikehendaki berkumpul di warna rumah  masing-masing untuk pengagihan kupon sarapan pagi dan makan tengahari. Para pelatih juga akan turut menerima pemberian istimewa dari pihak pengurusan berupa sebuah beg, botol air dan sijil.

Seperti pada karnival-karnival sebelumnya, para ibubapa dipelawa untuk menjadi pengurus kepada salah satu dari pasukan yang bertanding. Antara tugasan sebagai pengurus adalah untuk memastikan semua pelatih mendapat peluang sama rata untuk bermain.

Sukajua diingatkan bahawa TIADA LATIHAN pada hari AHAD, 14hb. Mac 2010.

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...