15 Julai, 2009

KARNIVAL AMPANG JAYA (17 - 19 JULAI 2009)

Sempena Ulangtahun MPAJ dan Bulan Kemerdekaan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan menganjurkan Karnival Ampang pada 17-19 Julai 2009.

Pelbagai acara menarik turut diadakan seperti ’Battle Of The Band’, Persembahan Kebudayaan, Persembahan Badut, Pertandingan Memasak, ’Fruit Curving’, Pertandingan Bayi Comel, Pertandingan Autoshow dan Kereta Antik, Pertandingan Mewarna, Demo ’Drif Car’ Kawalan Jauh, Pertunjukkan Motor Polis, Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun dan Sukaneka.

CIMB Foundation - YFA Bintang Muda telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan acara "Bola Sepak Bawah 12 Tahun". Acara yang akan berlangsung pada jam 8.00 pagi hari Sabtu ini dijangka akan dimeriahkan dengan berbagai penyertaan pasukan, bukan sahaja dari sekolah-sekolah malah pasti akan mendapat sambutan dari kelab-kelab dan akademi-akademi di dalam kawasan Ampang.

CIMB Foundation - YFA Bintang Muda turut menghantar beberapa pasukan sebagai pendedahan. Warga CIMB Foundation - YFA Bintang Muda dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada para pelatih disamping memeriahkan lagi acara ini.

Para pelatih yang terbabit diminta berada di Padang Bolasepak MPAJ pada jam 7.30 pagi dengan berpakaian jersi latihan hari Sabtu (Kuning/Hitam/Hitam). Manakala latihan bagi pelatih yang tidak terbabit akan berjalan seperti biasa, cuma lokasi dipindahkan ke Padang Bolasepak Taman Kencana, bersebelahan dengan Dewan Serbaguna MPAJ.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jurulatih bagi kategori masing-masing di atas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...