26 Mei, 2008

KEJOHANAN BOLA SEPAK REMAJA MELAKA

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda, En Radhakrishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa YFA Bintang Muda telah menyertai Kejohanan Bolasepak Remaja Melaka bersempena dengan Aturcara Pelancongan Melaka 2008.

Butiran kejohanan adalah seperti berikut:

Tarikh
24 - 25 Mei 2008

Lokasi
Stadium Hang Tuah, Melaka

Kategori
U12 & U16

Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:

  • U12 (Naib Johan)
  • U16 (Tempat ke 3)

Sesungguhnya usaha pemain pemain remaja ini patut diberi perhatian agar mutu bolasepak negara, diperingkat remaja khasnya tidak terhenti begitu sahaja.

Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya, diharap dapat mencuba lagi di masa hadapan.

19 Mei, 2008

PERLAWANAN PERSAHABATAN

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa satu perlawanan persahabatan akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh
14hb Jun 2008 (Sabtu)

Masa
7.00 pagi hingga 6.00 petang

Lokasi
Felda Lurah Bilut, Bentong Pahang

Pertandingan ini membabaitkan kelab dari Felda Lurah Bilut sendiri iaitu Kelab Bolasepak Bonggo FC.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan bahawa pertandingan bolasepak wanita serta bola jaring wanita akan diadakan.

Kaum ibu yang berminat, sila laporkan diri anda kepada Puan Amirtha.

Sekian, harap maklum.

13 Mei, 2008

KEJOHANAN BOLASEPAK U13 KLYS 2008

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa YFA Bintang Muda telah menghantar satu pasukan ke Kejohanan Bolasepak U13 KLYS (Kuala Lumpur Youth Soccer) 2008 yang telah diadakan pada hari Ahad, 11 Mei 2008 bertempat di Kelab Aman, Jalan Ampang Kuala Lumpur.

Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut diantaranya KLYS (4 pasukan), YFA Bintang Muda, Arena FC, UKRC & Bintang Biru (Pulau Pinang).

Pertandingan telah bermula pada jam 8.00 pagi. Pertandingan amat sengit di mana keseluruhan pasukan yang bertanding mempunyai kelebihan masing-masing.

Sementara itu, pasukan YFA Bintang Muda telah mempamerkan persembahan yang amat memberangsangkan pabila menang kesemua perlawanan dengan jaringan melebihi 3 gol setiap perlawanan.

Dan seperti yang dijangkakan, juara kejohanan tersebut adalah YFA Bintang Muda!!!

Tahniah diucapkan kepada para pemain, jurulatih serta para ibubapa yang tidak putus putus memberi sumbangan dan dorongan sehingga YFA Bintang Muda berjaya mencapai ke tahap membanggakan ini.

Sekian, salam hormat.

12 Mei, 2008

KEPUTUSAN LIGA PRO (PERLAWANAN KE 6)

Sekali lagi, YFA Bintang Muda telah turun ke padang untuk menyambung satu lagi perlawanan dalam Liga Pro. Kali ini, YFA Bintang Muda telah berkunjung ke UM Pintar. Perlawanan diadakan pada sebelah petang.

Dengan keadaan cuaca yang baik, pemain YFA Bintang Muda telah berjaya mempamerkan persembahan yang menarik yang mana mendapat pujian dari para hadirin yang hadir.

Adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan:

U10
YFA Bintang Muda 2 - 0 UM Pintar

U12
YFA Bintang Muda 1 - 0 UM Pintar

Manakala perlawanan untuk U14 tidak dapat diteruskan kerana pasukan UM Pintar menghadapi sedikit masalah teknikal.

Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang bernasib baik, cuba lagi.

10 Mei, 2008

080510

FESTIVAL BOLASEPAK REMAJA
CIMB FOUNDATION - YFA BINTANG MUDA U14 & U16 2010

Tarikh
08 Mei 2010

Lokasi
Institut Peguruan Teknik Malaysia
Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur

00508 FESTIVAL BOLASEPAK REMAJA CIMB FOUNDATION - YFA BINTANG MUDA U14 & U16 2010
(klik gambar di atas untuk melihat gambar-gambar
lain atau saksikan 'slideshow' di bawah)

01 Mei, 2008

KEPUTUSAN LIGA PRO (PERLAWANAN KE 5)

Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia!

Walaupun cuti umum, YFA Bintang Muda tetap turun ke padang untuk meneruskan perjuangan di dalam Liga Pro anjuran Little League.

Pada sebelah paginya, YFA Bintang Muda U12 & U14 telah berkunjung ke Kelab USJ 1 FC dan keputusan perlawanan adalah seperti berikut:

U12
YFA Bintang Muda 1 - 0 Kelab USJ 1 FC

U14
YFA Bintang Muda 0 - 1 Kelab USJ 1 FC

Manakala pada sebelah petangnya pula, U10 telah menjadi tuan rumah kepada Little League di padang MPAJ dan keputusan adalah seperti berikut:

U10
YFA Bintang Muda 4 - 1 Little League

Sekali lagi, tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang bernasib baik, cuba lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...