12 Mei, 2008

KEPUTUSAN LIGA PRO (PERLAWANAN KE 6)

Sekali lagi, YFA Bintang Muda telah turun ke padang untuk menyambung satu lagi perlawanan dalam Liga Pro. Kali ini, YFA Bintang Muda telah berkunjung ke UM Pintar. Perlawanan diadakan pada sebelah petang.

Dengan keadaan cuaca yang baik, pemain YFA Bintang Muda telah berjaya mempamerkan persembahan yang menarik yang mana mendapat pujian dari para hadirin yang hadir.

Adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan:

U10
YFA Bintang Muda 2 - 0 UM Pintar

U12
YFA Bintang Muda 1 - 0 UM Pintar

Manakala perlawanan untuk U14 tidak dapat diteruskan kerana pasukan UM Pintar menghadapi sedikit masalah teknikal.

Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang bernasib baik, cuba lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...