13 Mei, 2008

KEJOHANAN BOLASEPAK U13 KLYS 2008

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa YFA Bintang Muda telah menghantar satu pasukan ke Kejohanan Bolasepak U13 KLYS (Kuala Lumpur Youth Soccer) 2008 yang telah diadakan pada hari Ahad, 11 Mei 2008 bertempat di Kelab Aman, Jalan Ampang Kuala Lumpur.

Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut diantaranya KLYS (4 pasukan), YFA Bintang Muda, Arena FC, UKRC & Bintang Biru (Pulau Pinang).

Pertandingan telah bermula pada jam 8.00 pagi. Pertandingan amat sengit di mana keseluruhan pasukan yang bertanding mempunyai kelebihan masing-masing.

Sementara itu, pasukan YFA Bintang Muda telah mempamerkan persembahan yang amat memberangsangkan pabila menang kesemua perlawanan dengan jaringan melebihi 3 gol setiap perlawanan.

Dan seperti yang dijangkakan, juara kejohanan tersebut adalah YFA Bintang Muda!!!

Tahniah diucapkan kepada para pemain, jurulatih serta para ibubapa yang tidak putus putus memberi sumbangan dan dorongan sehingga YFA Bintang Muda berjaya mencapai ke tahap membanggakan ini.

Sekian, salam hormat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...