19 Jun, 2008

CAWANGAN SENTUL DI BUKA SEMULA!

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda, En Radhakrishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa, atas permintaan ramai dari penduduk sekitar Sentul Kuala Lumpur, YFA Bintang Muda akan kembali beroperasi di sana demi untuk meningkatkan mutu sukan bolasepak di Malaysia.

Permintaan ini datangnya khas dari para ibubapa yang mahukan anak anak mereka mengikuti aktiviti yang berfaedah disamping menghindarkan diri dari aktiviti kurang bermoral yang sedang berleluasa di kalangan remaja masa kini.

Sehubungan dengan itu, satu 'pelancaran semula' akan diadakan seperti berikut:

Tarikh
2 Ogos 2008 (Sabtu)

Masa
8.30 pagi

Lokasi
Padang Awam DBKL, Bandar Baru Sentul

Sebuah Klinik Bolasepak Remaja juga akan diadakan yang bakal dikelolakan oleh jurulatih jurulatih YFA Bintang Muda yang berpengalaman. Pertunjukan skil, taktik & teknik permainan dari remaja remaja yang telah menyertai YFA Bintang Muda sedari usia mereka 6 tahun lagi juga akan turut diadakan.

Meja pendaftaran juga akan dibuka dan para ibubapa yang mempunyai anak anak berusia 5 tahun hingga 17 tahun yang berminat untuk mendaftarkan anak mereka juga dipelawa hadir.

Besarlah harapan YFAMALAYSIA.COM agar para ibubapa dapat mempergunakan peluang ini bagi memenuhi impian dan harapan anak mereka untuk bergiat aktid dalam bidang bolasepak.

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...