29 Jun, 2008

KARNIVAL BOLASEPAK YFA BINTANG MUDA U10 2008

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa satu Karnival Bolasepak Bawah 10 Tahun akan dilangsungkan seperti butiran yang tercatat di bawah:

Tarikh
19 Julai 2008 (Sabtu)

Masa
8.00 pagi hingga 6 petang

Lokasi
Padang Bolasepak Pudu Hulu (Berhampiran Menara PGRM, Jalan Cheras)

Tujuan karnival ini, selain mengcungkil bakat baru dalam sukan bolasepak dari peringkat akar umbi, juga memandangkan kejohanan untuk peringkat sebegini amatlah kurang sekali. Sehubungan dengan itu, YFA Bintang Muda telah berbesar hati untuk memulakannya pada tahun ini dan diharap karnival ini akan berterusan di masa akan datang.

Lebih dari 16 pasukan pasukan dijangka akan bertanding antaranya FAM, Gen Pro, Arsenal Soccer School, Bonggo FC, MBPJ, Brazilian Soccer, Little League serta pasukan dari tuan rumah sendiri iaitu YFA Bintang Muda.

Sebarang keterangan lanjut boleh berhubung dengan En Radhakrishnan di talian 0166750081.

Sekian, salam hormat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...