29 Julai, 2008

YFA BINTANG MUDA vs REMAJA KEBANGSAAN

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda baru sahaja memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Remaja Kebangsaan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh
30hb Julai 2008 (Rabu)

Masa
3.00 Petang

Lokasi
Padang Bolasepak, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)

Kategori
Bawah 14 Tahun

Mereka yang mempunyai kelapangan diharap dapat hadir memberi sokongan kepada kedua pasukan.

28 Julai, 2008

KARNIVAL BOLASEPAK KEMERDEKAAN PNSB 2008

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda, En Radhakrishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa YFA Bintang Muda akan menyertai satu kejohanan berprestij anjuran Perbadanan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Butiran lanjut karnival adalah seperti berikut:

Tarikh
9hb Ogos 2008 (Sabtu) & 10hb Ogos 2008 (Ahad)

Lokasi
Stadium Mini Shah Alam, Selangor (Bersebelahan Stadium Shah Alam)

Kategori
U8 & U12 (Sabtu, 9hb Ogos 2008)
U10 & U 14 (Ahad, 10hb Ogos 2008)

Pakaian
Jersi latihan Ahad (Baju Kuning, Seluar Merah, Stokin Kuning)

Beliau juga turut meminta kerjasama dari pihak ibubapa agar dapat menghantar pemain ke lokasi karnival sebelum jam 7.30 pagi. Untuk rekod, pada kejohanan tahun lepas, kategori U10 telah berjaya menjadi Johan manakala kategori U12 berjaya menduduki tempat Naib Johan.

Semoga YFA Bintang Muda akan mempamerkan persembahan yang terbaik!

Sekian, harap maklum.

26 Julai, 2008

PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda, En Radhakrishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa YFA Bintang Muda akan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan 2 buah akademi bolasepak dari luar negara.

Butiran lanjut adalah seperti Berikut:

Perlawanan Persahabatan 1

Kategori : Bawah 19 Tahun
Pelawat : Pasukan Bawah 19 Tahun Kebangsaan India

Perlawanan Persahabatan 2

Kategori : Bawah 10, Bawah 12 & Bawah 14 Tahun
Pelawat : Akademi Bolasepak Macau, China

Butiran lanjut mengenai tarikh, masa dan lokasi perlawanan akan diumumkan sedikit masa lagi.

Sekian, harap maklum ...

19 Julai, 2008

YFA BINTANG MUDA JUARA!!!



Bertempat di Padang Pudu Ulu, Jalan Cheras Kuala Lumpur telah berlangsung satu pertandingan bolasepak untuk kategori umur 10 tahun ke bawah iaitu Pertandingan Bolasepak U10 MPAJ-YFA Bintang Muda 2008 anjuran bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan YFA Bintang Muda.


Pertandingan yang bermula seawal jam 8.00 pagi telah disertai lebih 24 pasukan seperti Akademi Bolasepak Bintang Biru (Pulau Pinang), UM Pintar, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Royal Selangor Club (RSC), Bonggo FC (Felda Lurah Bilut Bentong), Bukit Indah FC, Little League Soccer, Subang Jaya FC, Brazilian Soccer School, MAN's Soccer Academy, Brazil Football Center, Ulu Kelang Recreational Club (UKRC), Arsenal Soccer School termasuklah pasukan tuan rumah sendiri YFA Bintang Muda yang turut menghantar sebuah pasukan Bawah 8 Tahun mereka yang turut dikenali sebagai YFA U8 Golden Team.


Acara dimulakan dengan perbarisan masuk setiap pasukan yang didahului dengan bendera YFA Bintang Muda, Jalur Gemilang, bendera Wilayah Persekutuan serta bendera FIFA Fair Play yang dibawa oleh 6 pemain berbakat Bintang Muda FC yang sedang beraksi di Liga Divisyen 1 Kuala Lumpur.


Majlis diberkatkan lagi dengan bacaan doa dan diikuti dengan ikrar kejohanan. Selepas itu ucapan dari wakil Pengarah Majlis Sukan Negara, En. Zulkeples Embong diikuti dengan majlis penyerahan sijil penyertaan kepada semua pasukan yang terbabit.


Kesemua pasukan telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan 6 pasukan setiap satunya. Setiap perlawanan mengambil masa selama 10 minit. Permainan tampak seimbang dengan setiap pasukan bersilih ganti melakukan serangan demi untuk mendapatkan mata untuk layak keperingkat seterusnya.


Tepat jam 12.00 tengahari, kesemua perlawanan di peringkat kumpulan telah berakhir dan para pengadil pertandingan sibuk mengira mata untuk menentukan kedudukan dalam kumpulan. Dari 24 pasukan yang bertanding, 8 pasukan berjaya mara ke peringkat suku akhir iaitu Bukit Indah FC, Bintang Biru B, Arsenal Soccer School B, UM Pintar, Bintang Biru A, Little League Soccer, MBPJ dan YFA Bintang Muda A. Peringkat suku akhir yang dijalankan secara kalah mati turut diserikan dengan sorakan para penyokong yang mana penuh dengan emosi terutamanya dari kelumpuk para ibubapa.

Selesai peringkat suku akhir, hanya 4 pasukan sahaja yang dapat meneruskan perjuangan ke peringkat separuh akhir iaitu Bintang Biru A, Little League Soccer, MBPJ dan pasukan tuan rumah iaitu YFA Bintang Muda A. Pertandingan bertambah sengit dengan tumpuan terarah kepada 2 padang di mana berlangsungnya peringkat separuh akhir.


Selepas bertungkus lumus diperingkat separuh akhir, akhirnya pasukan yang pada mulanya berada di dalam kumpulan yang sama telah bertemu kembali di peringkat akhir iaitu pasukan MBPJ dan YFA Bintang Muda A. Permainan sememangnya hangat dengan pemain berusaha keras untuk mendapatkan jaringan awal. Namun setelah wisel penamat dibunyikan, keputusan masih lagi seri 0-0.



Ini memaksa penentuan pemenang terpaksa dilakukan menerusi sepakan penalti. Tahniah diucapkan kepada YFA Bintang Muda kerana telah berjaya menjuarai pertandingan ini. Sudah pastinya kejayaan ini adalah hasil penat lelah pelatih muda ini menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh. Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda iaitu En. Radha Krishnan sendiri.



Berikut adalah kedudukan akhir pertandingan:


Juara : YFA Bintang Muda A

Naib Juara : MBPJ

Tempat Ketiga : Little League Soccer

Tempat keempat : Bintang Biru A

Piala Fair Play : YFA U8 Golden Team

Pemenang acara perbarisan masuk : Arsenal Soccer School


Dalam kesengitan perlawanan serta keterikan cuaca tengahari, turut diadakan acara cabutan bertuah dimana 2 pemenang bertuah akan membawa pulang sebuah basikal BMX yang beharga RM219.00 setiap satunya.


Majlis penyampaian hadiah berakhir pada jam 4.00 petang. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasukan yang bertanding. Tidak lupa juga uapan terima kasih tidak terhingga kepada para jurulatih, ibubapa, pengadil perlawanan, pengadil kejohanan, urusetia pertandingan dan semua yang terlibat yang pastinya berusaha keras untuk memastikan pertandingan ini berlangsung dengan jayanya.


Juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penaja kami, baik penaja individu, berkumpulan maupun penaja korporat yang sudah semestinya turut memeriahkan lagi acara berprestij ini.


Dari YFAMALAYSIA.COM, Tahniah! ... Tahniah! ... Tahniah!

07 Julai, 2008

KAWAN DAN LAWAN

Adik Aqil Danish & adik Abdul Rauf


Tanggal 5hb Julai 2008 yang lepas telah mempertemukan 2 orang rakan selatihan tetapi terpaksa melupakan seketika ikatan persahabatan pabila mereka mewakili sekolah masing-masing dalam Karnival Bawah 11 Tahun MPAJ bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Pandan Indah.


Kedua-dua pelatih ini yang kedua-duanya merupakan pelatih berbakat YFA Bintang Muda U10 ialah adik Aqil Danish dan adik Abdul Rauf. Adik Aqil Danish mewakili Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah sebagai pemain penyerang manakala adik Abdul Rauf mewakili Sekolah Kebangsaan Pandan Indah sebagai pemain pertahanan terakhir.


Kedua-dua sekolah mereka berada di dalam kumpulan yang berasingan. Setelah mengharungi perlawanan demi perlawanan diperingkat kumpulan, suku akhir & separuh akhir, pasukan sekolah mereka bertemu pada perlawanan akhir.


Namun, demi semangat yang membara, ikatan persahabatan terpaksa dilupakan buat sementara ketika di atas padang. Pertembungan memang sengit apabila adik Aqil Danish memperolehi peluang untuk menjaringkan gol manakala adik Abdul Rauf semestinya terpaksa mempertahankan kubu pertahanan sekolahnya dari dibolosi.


Perlawanan yang seimbang memaksa pemenang terpaksa ditentukan menerusi tendangan penalti. Adat perlawanan pasti ada yang menang dan ada yang kurang bernasib baik. Namun, sebaik habis perlawanan, seperti yang dapat disaksikan menerusi gambar di atas, mereka tetap sahabat seperti biasa.

06 Julai, 2008

LATIHAN SABTU, 19HB. JULAI 2008 DIBATALKAN

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa bersempena dengan Pertandingan Piala YFA Bintang Muda Bawah 10 Tahun, latihan pada hari Sabtu, 19hb. Julai 2008 telah dibatalkan.

Ini disebabkan kesemua jurulatih YFA Bintang Muda akan terlibat di dalam pertandingan tersebut. Walaubagaimanapun, latihan pada hari Ahad, 20hb. Julai 2008 akan berjalan seperti biasa.

Sungguhpun demikian, kesemua pelatih serta ibubapa/penjaga dipelawa untuk turut hadir ke lokasi pertandingan tersebut sebagai tanda sokongan moral terhadap pelatih Bawah 10 Tahun tuan rumah iaitu YFA Bintang Muda. Pelatih yang ingin memberi sokongan moral digalakkan untuk memakai jersi latihan hari Ahad (Baju kuning & seluar merah)

Kepada pelatih yang telah terpilih, sila jelaskan bayaran penyertaan kepada Puan Amirtha pada atau sebelum 12hb. Julai 2008.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa kerana telah memberi banyak kerjasama dan bimbingan selama ini.

Sekian, salam hormat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...