07 Julai, 2008

KAWAN DAN LAWAN

Adik Aqil Danish & adik Abdul Rauf


Tanggal 5hb Julai 2008 yang lepas telah mempertemukan 2 orang rakan selatihan tetapi terpaksa melupakan seketika ikatan persahabatan pabila mereka mewakili sekolah masing-masing dalam Karnival Bawah 11 Tahun MPAJ bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Pandan Indah.


Kedua-dua pelatih ini yang kedua-duanya merupakan pelatih berbakat YFA Bintang Muda U10 ialah adik Aqil Danish dan adik Abdul Rauf. Adik Aqil Danish mewakili Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah sebagai pemain penyerang manakala adik Abdul Rauf mewakili Sekolah Kebangsaan Pandan Indah sebagai pemain pertahanan terakhir.


Kedua-dua sekolah mereka berada di dalam kumpulan yang berasingan. Setelah mengharungi perlawanan demi perlawanan diperingkat kumpulan, suku akhir & separuh akhir, pasukan sekolah mereka bertemu pada perlawanan akhir.


Namun, demi semangat yang membara, ikatan persahabatan terpaksa dilupakan buat sementara ketika di atas padang. Pertembungan memang sengit apabila adik Aqil Danish memperolehi peluang untuk menjaringkan gol manakala adik Abdul Rauf semestinya terpaksa mempertahankan kubu pertahanan sekolahnya dari dibolosi.


Perlawanan yang seimbang memaksa pemenang terpaksa ditentukan menerusi tendangan penalti. Adat perlawanan pasti ada yang menang dan ada yang kurang bernasib baik. Namun, sebaik habis perlawanan, seperti yang dapat disaksikan menerusi gambar di atas, mereka tetap sahabat seperti biasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...