23 Ogos, 2008

KEDAH JUARA PIALA MALAYSIA!

SELANGOR 2 - 3 KEDAH

Tahniah kepada pasukan Kedah kerana berjaya memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia untuk musim 2007-2008 dengan menewaskan Selangor sekaligus mengekalkan status pasukan elit yang telah berjaya memenangi 3 kejuaraan semusim (Liga Super, Piala FA & Piala Malaysia) selama 2 musim berturut-turut.



Perlawanan akhir yang amat sengit sebentar tadi agak seimbang dengan serangan demi serangan terarah ke gawang gol pasukan lawan. Keputusan separuh masa pertama telah berpihak kepada pasukan Kedah walaupun pasukan Selangor lebih awal mendahului dengan jaringan oleh Frank Seator (minit 18)



Namun jaringan tersebut langsung tidak membawa sebarang kesan kepada barisan Kedah apabila giliran mereka pula meledak gawang gol Selangor dengan jaringan dari Marlon James (minit 32), Nelson San Martin (minit 33) serta Fadly Baharom (minit 38).



Selangor berjaya merapatkan kedudukan dengan jaringan dari Safee Sali (minit 77) namun kedudukan jaringan kekal hingga ke wisel penamat.



Hadiah telah disampaikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muazzam Shah yang turut diiringi Menteri Besar Kedah.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...