30 Mac, 2009

KEJOHANAN BOLASEPAK REMAJA U13 KLYS

YFA Bintang Muda sekali lagi membuktikan bahawa kehadirannya di mana-mana kejohanan bolasepak remaja harus diberi perhatian!

Bertempat di International School Kuala Lumpur (ISKL) Ampang telah berlangsung Kejohanan Bolasepak Remaja U13 pada 29 Mac 2009. YFA Bintang Muda telah menghantar 2 pasukan, satu dari cawangan Pandan Indah dan satu lagi dari gabungan cawangan Bukit Beruntung & Sungai Buloh.

Kejohanan telah disertai 10 pasukan diantaranya RSC, Arena FC, Bintang Biru, Putra FC, Ken Barnes Soccer School, YFA Bintang Muda dengan tuan rumah menghantar 3 pasukan.

Keputusan akhir kejohanan adalah seperti berikut:

Juara : KLYS Black
Naib Juara : YFA Bintang Muda A
Tempat ke 3 : Putra FC
Pemain Terbaik Kejohanan : Jevindran Shanmuhanathan (YFA Bintang Muda B)

Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya ... dan ucapan tahniah juga kepada pengurusan, jurulatih, pihak ibubapa dan pelatih Cawangan MDHS Bukit Beruntung kerana telah berjaya mencungkil bakat adik Jevindran Shanmuhanathan sehingga terpilih sebagai pemain terbaik kejohanan (Most Valued Player - MVP).

Tidak mustahil adik Jevindran Shanmuhanathan akan diintai oleh pasukan-pasukan lain bagi managih khidmat beliau sedikit masa lagi.

29 Mac, 2009

PEMBUKAAN YFA BINTANG MUDA BANDAR PERMAISURI KL

YFA Bintang Muda mengorak selangkah lagi kehadapan dengan pembukaan cawangan barunya di Bandar Permaisuri, Kuala Lumpur. Pembukaan cawangan ini terhasil dari ikatan jasama diantara pentadbiran SK Seri Tasik, Bandar Permaisuri, KL.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memberikan kerjasama hingga tertubuhnya YFA Bintang Muda Cawangan Bandar Permaisuri KL.

Tarikh Penubuhan
5hb April 2009

Pengurus Cawangan
Encil Bakar (Burn)
017 333 5106

Pusat Latihan
Padang Bolasepak
SK Seri Tasik, Bandar Permaisuri, KL

Masa Latihan
Ahad : 8.30 pagi - 10.30 pagi

07 Mac, 2009

KEJOHANAN BOLASEPAK YFA BINTANG MUDA U13

Sukacita dimaklumkan bahawa YFA Bintang Muda akan menganjurkan satu pertandingan bolasepak remaja yang dikenali sebagai Kejohanan Bolasepak YFA Bintang Muda U13 2009 seperti berikut:

Tarikh
14hb. Mac 2009 (Sabtu)

Masa
7.00 pagi - 6.00 petang

Lokasi
Padang Bolasepak Maktab Perguruan Teknik
Cheras Kuala Lumpur

Suhubungan dengan itu, latihan bolasepak di semua cawangan YFA Bintang Muda telah DIBATALKAN memandangkan semua jurulatih akan bertugas dalam kejohanan tersebut.

Para ibubapa dan pelatih yang tidak terbabit dipelawa untuk hadir ke lokasi pertandingan bagi memberikan sokongan moral terhadap pasukan YFA Bintang Muda disamping memeriahkan lagi kojohanan tersebut.

Sementara itu, semasa latihan  di Cawangan Pandan Indah petang tadi (Sabtu, 7hb. Mac 2009), kami telah dikunjungi pelawat dari Jabatan Komuniti & Pembangunan Belia, Nike (M) Sdn Bhd.

Tujuan kehadiran wakil dari Nike (M) Sdn Bhd ini adalah untuk melakukan rakaman bagi tujuan pembangunan bolasepak remaja dari peringkat akar umbi. Beberapa orang pelatih juga telah ditemubual.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...