30 Mac, 2009

KEJOHANAN BOLASEPAK REMAJA U13 KLYS

YFA Bintang Muda sekali lagi membuktikan bahawa kehadirannya di mana-mana kejohanan bolasepak remaja harus diberi perhatian!

Bertempat di International School Kuala Lumpur (ISKL) Ampang telah berlangsung Kejohanan Bolasepak Remaja U13 pada 29 Mac 2009. YFA Bintang Muda telah menghantar 2 pasukan, satu dari cawangan Pandan Indah dan satu lagi dari gabungan cawangan Bukit Beruntung & Sungai Buloh.

Kejohanan telah disertai 10 pasukan diantaranya RSC, Arena FC, Bintang Biru, Putra FC, Ken Barnes Soccer School, YFA Bintang Muda dengan tuan rumah menghantar 3 pasukan.

Keputusan akhir kejohanan adalah seperti berikut:

Juara : KLYS Black
Naib Juara : YFA Bintang Muda A
Tempat ke 3 : Putra FC
Pemain Terbaik Kejohanan : Jevindran Shanmuhanathan (YFA Bintang Muda B)

Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya ... dan ucapan tahniah juga kepada pengurusan, jurulatih, pihak ibubapa dan pelatih Cawangan MDHS Bukit Beruntung kerana telah berjaya mencungkil bakat adik Jevindran Shanmuhanathan sehingga terpilih sebagai pemain terbaik kejohanan (Most Valued Player - MVP).

Tidak mustahil adik Jevindran Shanmuhanathan akan diintai oleh pasukan-pasukan lain bagi managih khidmat beliau sedikit masa lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...