05 April, 2009

KEJOHANAN KEJOHANAN YANG AKAN DISERTAI

Dengan sukacitanya ingin dimaklumkan bahawa YFA Bintang Muda akan menyertai beberapa siri kejohanan dalam masa terdekat ini seperti berikut:

KEJOHANAN BOLASEPAK ROYAL SELANGOR CLUB (RSC) U16 2009
Tarikh : 11 April 2009
Lokasi : Padang Bolasepak Pudu Ulu, Taman Shamelin, KL
Penyertaan : 6 pasukan
Kategori : U16 sahaja

LIGA PRO LITTLE LEAGUE 2009
Tarikh Bermula : 18 April 2009 (Anggaran 2 bulan)
Lokasi : Seri Garden International School
Penyertaan : 6 pasukan
Kategori : U8 U10, U12 & U14

NIKE CUP 2009
Tarikh : 24-25 April 2009
Lokasi : Padang Bolasepak FAM, Bukit Jalil
Kategori : U15 sahaja

LIGA PIALA SULTAN AHMAD SHAH U11 2009
(National Open Junior Community Football League)
Tarikh Bermula : 16 Mei 2009  (Anggaran 3 bulan)
Lokasi : Dataran Petaling Jaya (Padang Timur), Petaling Jaya
Penyertaan : 24 pasukan
Kategori : U11 sahaja

Untuk makluman, Liga Piala Sultan Ahmad Shah U11 2009 telah mendapat perkenan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sendiri iaitu Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah serta turut menerima sokongan rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi setiausahanya,  Dato' Azuddin Bin Ahmad.



Tahniah kepada YFA Bintang Muda kerana terpilih dalam senarai 24 akademi bolasepak remaja tanahair yang memberi penekanan kepada pembangunan bolasepa remaja dari seawal usia 6 tahun hinggalah ke peringkat umur 18 tahun. Malah, pelatih-pelatih lepasan Akademi Bolasepak YFA Bintang Muda akan diberi keutamaan untuk diserapkan ke dalam Bintang Muda FC yang kini sedang bermain di dalam Liga Divisen 1 Kuala Lumpur.

Di atas kepercayaan pihak penganjur pertandingan, latihan sedang dijalankan dan antara faktor pemilihan pelatih adalah berdasarkan skil individu, kecergasan, teknik permainan, taktal permainan, prestasi, disiplin, kehadiran dan yuran bulanan.

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...