18 April, 2009

KEJOHANAN YANG BAKAL DIANJURKAN

Dengan sukacitanya ingin dimaklumkan bahawa YFA Bintang Muda akan menganjurkan beberapa siri kejohanan dalam masa terdekat ini seperti berikut:

KEJOHANAN BOLASEPAK DALAMAN CIMB YFA 2009
Tarikh : 10 Mei 2009 (Ahad)
Lokasi : Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras KL
Penyertaan : Pelatih berdaftar CIMB YFA Bintang Muda sahaja
Kategori : U8, U10, U12, U14 & U16

FESTIVAL BOLASEPAK CIMB YFA U8 & U10 2009
Tarikh : 24 Mei 2009 (Ahad)
Lokasi : Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras KL
Kategori : U8 & U10 sahaja

KEJOHANAN BOLASEPAK MDHS YFA BINTANG MUDA 2009
Tarikh : 27 Jun 2009 (Sabtu) (Tarikh asal 6 Jun 2009)
Lokasi : Bukit Sentosa, Rawang
Penyertaan : Tarikh tutup penyertaan 15 Mei 2009. Info lanjut klik Berita Cawangan MDHS
Kategori : U8, U10 & U12 sahaja 

Moga perancangan ini dapat dijayakan dengan kerjasama semua.

17 April, 2009

SENARAI PEMAIN PIALA SULTAN AHMAD SHAH

Berikut adalah senarai 16 pelatih yang terpilih ubtuk mewakili CIMB YFA Bintang Muda untuk ke Piala Sultan Ahmad Shah 2009:

  1. Pavinthran a/l Sivakumar (11 Tahun - Caw. Sentul)
  2. Muhd Danial Bin Abdul Aziz (11 Tahun - Caw. Pandan Indah)
  3. Arman Azami Bin Mohd Shahril (11 Tahun - Caw. Pandan Indah)
  4. Aqil Danish Bin Azman  (10 Tahun - Caw. Pandan Indah)
  5. Alif Haikal Bin Lokman  (9 Tahun - Caw. Pandan Indah)
  6. Arif Ikhwan Bin Hasrin  (10 Tahun - Caw. Cheras)
  7. Muhammad Syazwan Bin Salihin (11 Tahun - Caw. Sg. Buloh)
  8. Sri Vicknes Raia/l Rada Krishnan  (11 Tahun - Caw. Sentul)
  9. Muhd Aidil Haziq Bin Mohd Daman Huri  (11 Tahun - Caw. Pandan Indah)
  10. Danial Azim Bin Azfarisham  (11 Tahun - Caw. Cheras)
  11. Muhammad Alif Safwan Bin Mohd Sallahuddin  (9 Tahun - Caw. Pandan Indah)
  12. Abdul Rauf Bin Abdul Aziz  (11 Tahun - Caw. Pandan Indah)
  13. Mohd Fauzan  (11 Tahun - Caw. Sg. Buloh)
  14. Aiman  (11 Tahun - Caw. Sg. Buloh)
  15. Dinesh a/l Rajasingam  (11 Tahun - Caw. Pandan Indah)
  16. Nishenraj a/l Mohan  (10 Tahun - Caw. Pandan Indah)
24 pasukan yang mengambil bahagian:

Kumpulan A
  1. TTDI First Touch
  2. Mahkota Football Academy
  3. Kiddo Kickers Academy
  4. Akademi Bolasepak PKNS FC
  5. UKRC
  6. Shah Alam FC
  7. Team TBC 1
  8. Akademi Bolasepak PNSB
  9. Soccergurus Kinder Footie Academy
  10. CIMB YFA
  11. Akademi Bolasepak Kota Damansara
  12. Astaka FC
Kumpulan B
  1. Dioz Dream Team Puncak Alam Football Academy
  2. Gen Pro
  3. Jasmine FC
  4. Brazil Football Centre
  5. Akademi Bolasepak MBPJ
  6. Arena FC
  7. MBJ United
  8. Royal Selangor Club
  9. World Cup Vision Football Club
  10. Cubic Arsenal Soccer School Malaysia
  11. Team TBC 2
  12. Glenmarie United

07 April, 2009

PERASMIAN LIGA PIALA SULTAN AHMAD SHAH U11 2009


LIGA PIALA SULTAN AHMAD SHAH U11 2009 yang membabitkan para pemain di bawah umur 11 tahun bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah bakal menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih RM20,000.

Ketika merasmikannya, Sultan Ahmad Shah bertitah "Ini merupakan satu kejohanan yang bagus kerana melibatkan pemain-pemain yang umurnya masih muda selain mendedahkan mereka dengan peraturan permainan bola sepak dan juga tahap kecegasan."

Baginda bertitah, FAM akan menyokong usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak bagi tujuan pembangunan pada peringkat akar umbi seperti ini.

Kejohanan tersebut yang dianjurkan oleh sebuah syarikat tempatan akan bermula pada 16 Mei hingga Oktober depan dengan melibatkan 24 pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan dengan setiap kumpulan membariskan 12 pasukan.

Perlawanan akan diadakan pada setiap Ahad di Padang Timur, Petaling Jaya.

05 April, 2009

KEJOHANAN KEJOHANAN YANG AKAN DISERTAI

Dengan sukacitanya ingin dimaklumkan bahawa YFA Bintang Muda akan menyertai beberapa siri kejohanan dalam masa terdekat ini seperti berikut:

KEJOHANAN BOLASEPAK ROYAL SELANGOR CLUB (RSC) U16 2009
Tarikh : 11 April 2009
Lokasi : Padang Bolasepak Pudu Ulu, Taman Shamelin, KL
Penyertaan : 6 pasukan
Kategori : U16 sahaja

LIGA PRO LITTLE LEAGUE 2009
Tarikh Bermula : 18 April 2009 (Anggaran 2 bulan)
Lokasi : Seri Garden International School
Penyertaan : 6 pasukan
Kategori : U8 U10, U12 & U14

NIKE CUP 2009
Tarikh : 24-25 April 2009
Lokasi : Padang Bolasepak FAM, Bukit Jalil
Kategori : U15 sahaja

LIGA PIALA SULTAN AHMAD SHAH U11 2009
(National Open Junior Community Football League)
Tarikh Bermula : 16 Mei 2009  (Anggaran 3 bulan)
Lokasi : Dataran Petaling Jaya (Padang Timur), Petaling Jaya
Penyertaan : 24 pasukan
Kategori : U11 sahaja

Untuk makluman, Liga Piala Sultan Ahmad Shah U11 2009 telah mendapat perkenan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sendiri iaitu Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah serta turut menerima sokongan rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi setiausahanya,  Dato' Azuddin Bin Ahmad.



Tahniah kepada YFA Bintang Muda kerana terpilih dalam senarai 24 akademi bolasepak remaja tanahair yang memberi penekanan kepada pembangunan bolasepa remaja dari seawal usia 6 tahun hinggalah ke peringkat umur 18 tahun. Malah, pelatih-pelatih lepasan Akademi Bolasepak YFA Bintang Muda akan diberi keutamaan untuk diserapkan ke dalam Bintang Muda FC yang kini sedang bermain di dalam Liga Divisen 1 Kuala Lumpur.

Di atas kepercayaan pihak penganjur pertandingan, latihan sedang dijalankan dan antara faktor pemilihan pelatih adalah berdasarkan skil individu, kecergasan, teknik permainan, taktal permainan, prestasi, disiplin, kehadiran dan yuran bulanan.

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...