LIGA PIALA SULTAN AHMAD SHAH U11 2009 yang membabitkan para pemain di bawah umur 11 tahun bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah bakal menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih RM20,000.
Ketika merasmikannya, Sultan Ahmad Shah bertitah "Ini merupakan satu kejohanan yang bagus kerana melibatkan pemain-pemain yang umurnya masih muda selain mendedahkan mereka dengan peraturan permainan bola sepak dan juga tahap kecegasan."
Baginda bertitah, FAM akan menyokong usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak bagi tujuan pembangunan pada peringkat akar umbi seperti ini.
Kejohanan tersebut yang dianjurkan oleh sebuah syarikat tempatan akan bermula pada 16 Mei hingga Oktober depan dengan melibatkan 24 pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan dengan setiap kumpulan membariskan 12 pasukan.
Perlawanan akan diadakan pada setiap Ahad di Padang Timur, Petaling Jaya.