Warga CIMB YFA Bintang Muda sepatutnya berasa bangga dengan satu lagi pengiktirafan yang diterima dari Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (PBKL) apabila PBKL telah memilih CIMB YFA Bintang Muda untuk mewakili Kontijen Kuala Lumpur bagi acara sukan bolasepak ke Sukan Wilayah Persekuan (SWIP) 2009 yang akan berlangsung dari 5 - 11 Jun 2009 bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. Ini sebenarnya merupakan kali ke 2 CIMB YFA Bintang Muda mendapat kepercayaan untuk mewakili WPKL ke SWIP. Kali pertama adalah pada SWIP 2007.
Rata rata pemain merupakan 'produk' dari Akademi CIMB YFA Bintang Muda sendiri yang telah mula menyertai CIMB YFA Bintang Muda sejak mereka di zaman persekolahan rendah lagi dan pemain termuda dalam skuad ini berusia 15 tahun. Tahniah!
Setelah pembentukan pasukan dibuat, 2 perlawanan persahabatan telah diadakan seperti berikut:
CIMB YFA Bintang Muda 2 - 2 Hospital Kuala Lumpur
CIMB YFA Bintang Muda 2 - 0 Pemuda Cheras
CIMB YFA Bintang Muda 3 - 0 KLYS
Berikut senarai penuh skuad tersebut.
Pengurus Pasukan
En Nurul Nadzir
Ketua Jurulatih
En Leo Siva
Penolong Jurulatih
En Suhaimi
Pegawai Perubatan
En Balan
Pegawai Pasukan
Rada Krishnan
Para pemain:
- Nor Amir Faris
- Muhd Khairul Nizam
- Muhd Adzfaruddin
- Shiddiqin Muaz
- Muhd Azwann
- Mohd Azreen
- Ahmad Dinie
- Saddam Jal
- Wawan Effendi
- Muhd Aiman Yusri
- Azmi Adnan
- Mohd Izzat Khlidi
- Varathan s/o Muruga Rajan
- Muhd Syafwan
- Mathivanan
- Said Amin Ali
- Tengku Syawal
- Muhd Rizqi Azman
- Mohd Rahim
- Abdul Halim Harun
- Ahmad Aminuddin Daud
- Mohd Shamar Fadzil
Manakala pasukan yang turut mngambil bahagian nanti adalah:
- Kuala Lumpur Juniors
- WP Labuan
- WP Putrajaya
- Institut Perguruan Ilmu Khas
- CIMB YFA Bintang Muda (mewakili WP Kuala Lumpur)
Warga CIMB YFA Bintang Muda dipelawa untuk hadir ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras pada tarikh dan masa berikut bagi memberikan sokongan.
Sabtu 6 Jun 2009
3.15 petang : Lawan WP Labuan
Ahad 7 Jun 2009
3.30 petang : Lawan Kuala Lumpur Juniors
Isnin 8 Jun 2009
5.15 petang : Lawan WP Putrajaya
Selasa 9 Jun 2009
5.15 petang : Lawan Institut Perguruan Ilmu Khas
Khamis 11 Jun 2009
4.45 petang : (Perlawanan akhir)
Sama samalah kita memberikan sokongan moral kepada Skuad WP Kuala Lumpur yang dibintangi oleh CIMB YFA Bintang Muda!