10 Mei, 2009

SEKITAR KARNIVAL BOLASEPAK DALAMAN (KE 4) 2009

Bertempat di Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras Kuala Lumpur telah berlangsung Karnival Bolasepak Dalaman CIMB YFA Bintang Muda Edisi Ke 4 pada 10 Mei 2009 yang lalu. Uniknya karnival kali ini adalah buat julung kalinya kesemua kategori umur yang terdapat di Akademi iaitu U8, U10. U12, U14 & U16 telah dipertandingkan hasil kerjasama bersama penaja kami iaitu CIMB Foundation.

Hampir 350 pelatih telah mula berkumpul seawal jam 7.00 pagi lagi dan sudah kelihatan para jurulatih (merangkap pegawai pertandingan) berusaha untuk memastikan permulaan karnival edisi ke 4 kali ini berjalan lancar dan bermula tepat seperti yang telah dirancang. Turut memeriahkan karnival adalah para ibubapa yang turut meluangkan masa pada hari cuti untuk memberikan sokongan disamping terbabit sebagai "Pengurus" pasukan.

Photobucket


Sebelum pertandingan bermula, pelatih setiap kategori telah dibahagikan kepada 10 buah pasukan menggunakan nama pasukan2 terhebat dunia masakini antaranya Argentina, Sweden, Sepanyol, Perancis, Jerman, Brazil England, Itali dan tidak ketinggalan Belanda. 10 pasukan ini dipecahkan kepada 2 kumpulan yang terdiri dari 5 pasukan. Setiap pasuka bermain secara liga dan 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke perlawanan separuh akhir dan seterusnya perlawanan akhir. 

Sebaik sahaja setiap pelatih selesai ditempatkan di dalam pasukan masing masing, sarapan pagi telah disediakan. Setelah itu, satu sessi memperkenalkan para jurulatih Akademi telah dijalankan memandangkan perkembangan Akademi yang setakat ini telah memiliki 6 cawangan iaitu di Pandan Indah, Cheras, Sentul, Sg Buloh, Bukit beruntung dan yang terbaru Bandar Sri Permaisuri. Sejurus selepas itu, kesemua yang hadir telah menyanyikan lagu NegaruKu dengan pernuh bersemangat.

Photobucket


Pelbagai aksi dipamerkan disepanjang karnival ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang baik membolehkan para ibubapa berada hampir dengan kawasan padang bagi menyaksikan secara dekat anak-anak mereka beraksi. Tidak ketinggalan juga wakil dari CIMB Foundation iaitu En Wong. Beliau turut beramah mesra bersama jurulatih dan para ibubapa disamping meluangkan masa menyaksikan perlawanan perlawanan yang sedang dijalankan.

Photobucket


Selesai sahaja perlawanan peringkat kumpulan dijalankan, karnival berehat seketika untuk para pelatih menikmati hidangan makan tengahari. Selepas itu acara pemberian cenderahati telah diberikan kepada pasukan pasukan yang tidak berjaya ke peringkat separuh akhir. 

Karnival disambung kembali dengan perlawanan peringkat separuh akhir dan nyata para hadirin terhibur dengan keletah keletah para pelatih yang berusaha sedaya upaya mencari peluang untuk menjaringkan gol. Tidak dapat disangkal lagi bahawa kemeriahan pada setiap karnival yang dianjurkan oleh pihak Akademi adalah cetusan semangat berkobar kobar para ibubapa yang tidak henti henti bersorak. Tahniah diucapkan kepada para ibubapa ini dan mungkin pada karnival akan datang pihak Akademi boleh menyediakan anugerah khas buat ibubapa iaitu "Anugerah Pakar Jerit"!

Photobucket


Selesai sudah semua perlawanan dan semestinya ada pemenang dan ada juga yang kurang bernasib baik.  Hadiah hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda iaitu En Radha serta penampilan istimewa, pelakon terkenal tanahair, Cik Fasha Sandha. Terima kasih diucapkan kepada Cik Fasha kerana sudi meluangkan masa walaupun beliau tidak sempat menyaksikan perlawanan persahabatan diantara para bapa pula.

Photobucket


Setinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada para hadirin terutamanya para ibubapa yang begitu 'sporting' sekali memeriahkan karnival edisi ke 4 ini termasuklah sebagai "Pengurus" pasukan. Tidak dilupakan juga para jurulatih yang telah memberikan usaha mereka yang terbaik sebagai penyelaras karnival, pegawai pertandingan, pengadil, urusetia makanan, urusetia kebersihan dan lain lain lagi. Terima kasih juga kepada penaja penaja kami terutamanya CIMB Foundation.

Pihak pentadbiran YFA Bintang Muda juga ingin mengambil kesempatan ini memohon jutaan kemaafan jika terdapat sebarang kecacatan disepanjang karnival ini diadakan. Moga kita berjumpa lagi pada karnival karnival YFA Bintang Muda dimasa akan datang!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...