28 November, 2009

PIALA SULTAN AHMAD SHAH 2009

Kejohanan Bolasepak Remaja U11 bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah (PSAS) atau lebih dikenali sebagai "National Open Junior Community Football League" (NOJCFL) telahpun melabuhkan tirainya pada hari Sabtu, 28 November 2009.

Senarai penuh keputusan akhir adalah seperti berikut:

Juara : Akademi Bolasepak PKNS FC
Naib Juara : Akademi Bolasepak MBPJ
Tempat ke 3 : Academy Soccerkids

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya, jadikan pengalaman ini sebagai mercu tanda untuk lebih cemerlang di masa hadapan.

Sehubungan dengan itu, kami ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan RIBUAN TERIMA KASIH, SYABAS & 'JOB WELL DONE' kepada pihak penganjur National Open Junior Community Football League yang telah bertungkus lumus memastikan kejohanan yang bermula dari bulan Mei 2009 berlangsung dengan meriah dan lancar.

Tahniah kami ucapkan kepada pihak penganjur, Hand Print Events, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) & Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Tahniah juga kepada barisan tenaga kerja yang diketuai En. Hardev Pannu sebagai Naib Pengerusi kejohanan kerana menjadikan pengalaman beraksi dalam 22 perlawanan mingguan ini sebagai medan untk mengasah bakat pelatih yang sememangnya dahagakan aksi di tengah padang.

Walaupun CIMB Foundation - YFA Bintang Muda U11 tidak berjaya beraksi di perlawanan akhir, namun kami percaya bahawa ada sesuatu yang lebih besar menanti kami di masa hadapan.

Kami juga berbangga kerana walaupun hanya 5 orang pelatih kami terpilih diantara 25 pemain terbaik kejohanan, kami percaya bahawa kesemua pelatih kami, jika diberi masa akan menjadi YANG TERBAIK dan bakal menaikkan nama MALAYSIA dipersada bolasepak antarabangsa.

Moga kita berjumpa lagi di kejohanan kejohanan lain di masa hadapan!

~ Kita Menang Sebagai Satu Pasukan ... Kita Kalah Juga Sebagai Satu Pasukan ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...