29 November, 2009

KEJOHANAN BOLASEPAK ROYAL SELANGOR CLUB 2009

Pengarah Teknikal CIMB Foundation - YFA Bintang Muda, En Radakrishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa buat tahun ke 5 berturut-turut, CIMB Foundation - YFA Bintang Muda akan menyertai Kejohanan Bolasepak Antarabangsa RSC atau lebih dikenali sebagai Piala Dato Chu Ah Ngee 2009 seperti berikut:

Tarikh
12 Disember 2009 (Sabtu)

Masa
8.00 pagi hingga 6.30 petang

Lokasi
Royal Selangor Club, Bukit Kiara Kuala Lumpur

Kategori
U8, U10, U12, U14 & U16

Pada tahun ini, 4 pasukan antarabangsa turut dijemput yang masing masing 2 dari Singapura dan Australia. Manakala pasukan tempatan selain dari tuan rumah adalah Bintang Biru, Brazil Football Academy, KLYS, Arsenal Soccer School dan pastinya CIMB Foundation - YFA Bintang Muda.

Para pelatih yang terpilih diperlukan hadir di lokasi kejohanan pada atau sebelum jam 7.01 pagi dengan berpakaian jersi latihan hijau, seluar trek hitam/biru gelap dan kasut sukan selain peralatan untuk perlawanan. Pastikan juga membawa KAD PENGENALAN ASAL atau SIJIL KELAHIRAN ASAL pada hari kejohanan tersebut.

Beliau juga meminta jasa baik ibubapa agar dapat sama menyokong serta memberi semangat semasa perlawanan dijalankan. Sebarang kesulitan sila berhubung dengan beliau ataupun Coach Siva.

Sehubunga dengan itu, LATIHAN DISEMUA CAWANGAN DIBATALKAN pada hari tersebut (Sabtu, 12 Disember 2009) bagi memberi peluang kepada para pelatih dan keluarga untuk hadir bagi memberi sokongan moral kepada pasukan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda. Para pelatih yang hadir diminta memakai jersi latihan hijau sebagai tanda sokongan. Latihan akan berjalan seperti biasa pada hari Ahad, 13 Disember 2009.

CIMB Foundation - YFA Bintang Muda mengucapkan jutaan terimas kasih kepada para ibubapa yang telah dan akan memberikan kerjasama dan bimbingan demi kemajuan bersama.

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...