31 Januari, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN

Pengarah Teknikal CIMB Foundation - YFA Bintang Muda, En Radakrishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa satu perlawanan persahabatan menentang Bonggo FC akan diadakan bertempat di Felda Lurah Bilut, Bentong Pahang seperti berikut:

Tarikh
Sabtu, 13hb Februari 2010

Kategori Terbabit
U8, U10 & U12 sahaja

Pelatih yang terlibat dikehendaki memakai jersi latihan hari Sabtu (baju kuning, seluar hitam & stokin hitam) dan bawa bersama but bola serta pelapik keting (shin guard) dan berkumpul seperti butiran berikut:


Masa Berkumpul
9.30 pagi

Lokasi Berkumpul
Padang MPAJ, Pandan Indah

Destinasi yang akan ditujui iatu Felda Lurah Bilut, Bentong Pahang merupakan kawasan FELDA yang pertama di Malaysia serta di dunia yang ditubuhkan pada tahun 1958. CIMB Foundation - YFA Bintang Muda amat berbesar hati untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama Bonggo FC dalam acara tahunan ini.

Sementara itu, dukacita dimaklumkan bahawa lawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Dato' Sri Nazir Razak ke sessi latihan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda cawangan Pandan Indah telah dibatalkan disebabkan Dato' Sri Nazir mempunyai jadual program yang padat pada hari tersebut.

Harapan YFAMALAYSIA.COM agar Dato' Sri Nazir dapat meluangkan masa dilain ketika untuk beramah mesra dengan warga CIMB Foundation - YFA Bintang Muda.

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...