24 Januari, 2010

LAWATAN DATO' SRI NAZIR RAZAK


Pengarah Teknikal CIMB Foundation - YFA Bintang Muda, En Radakrishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Dato' Sri Nazir Razak akan membuat lawatan ke padang latihan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda Cawangan Pandan Indah pada hari Ahad, 7hb Februari 2010 dari jam 5.00 petang.

Lawatan Dato Sri Nazir yang juga merupakan Pengurus Pasukan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda untuk Piala Sultan Ahmad Shah (PSAS) 2010 ini akan turut disertai oleh wakil dari Yayasan CIMB dan Kumpulan CIMB.


Kunjungan Dato' Sri Nazir ini pastinya untuk menyaksikan persiapan yang sedang giat dijalankan oleh pasukan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda sebelum bermulanya PSAS yang akan membuka tirainya pada 20hb Februari 2010 nanti.

Kehadiran Dato' Sri Nazir ini tentunya juga dapat memberi dorongan kepada para pelatih CIMB Foundation - YFA Bintang Muda untuk lebih bersemangat  dalam mengharungi liga yang akan berlangsung selama 5 bulan ini.

Semua pelatih CIMB Foundation - YFA Bintang Muda Cawangan Pandan Indah diminta hadir bagi menyambut dan memeriahkan lagi kehadiran Dato' Sri Nazir.

En Radakrishnan juga merakamkan ucapan terima kasih kepada para ibubapa/penjaga kerana telah memberi sokongan dan bantuan dalam membangunkan Akademi selama ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...