08 Januari, 2010

PIALA SULTAN AHMAD SHAH U12 2010

Pengarah Teknikal CIMB Foundation - YFA Bintang Muda, En. Rada Krishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa sebanyak 32 buah pasukan akan menyertai Piala Sultan Ahmad Shah - PSAS (Musim 2010) yang dijangka akan bermula pada 20 Februari 2010 dan tamat sekitar bulan Julai 2010 nanti.

Pasukan-pasukan tersebut adalah seperti berikut:

  1. AKADEMI PERSATUAN SUKAN BINTANG BIRU, BUTTERWORTH
  2. AKADEMI BOLASEPAK KOTA DAMANSARA
  3. AKADEMI BOLASEPAK MBPJ
  4. AKADEMI MEBA FC
  5. AKADEMI PKNS FC
  6. AKADEMI SOCCERKIDS
  7. ASTAKA FC
  8. BRAZIL FOOTBALL CENTRE
  9. CIMB FOUNDATION - YFA BINTANG MUDA
  10. FIRST KICK
  11. GEN PRO
  12. GLENMARIE UNITED
  13. HARIMAU MALAYA
  14. JASMINE JUNIOR FC
  15. JASMINE PUTRA UNITED
  16. JUNIOR SOCCER SCHOOLS MALAYSIA
  17. KELAB BOLASEPAK REMAJA BERSATU
  18. KIDO KICKERS ACADEMY
  19. KUALA LUMPUR YOUTH SOCCER (KLYS)
  20. LITTLE LEAGUE SOCCER
  21. MAHKOTA FOOTBALL ACADEMY
  22. PNSB FC
  23. PREMIER FOOTBALL ACADEMY
  24. ROYAL SELANGOR CLUB
  25. SHAH ALAM FC
  26. SOCCERGURUS KINDER FOOTIE ACADEMY
  27. SPARTAN FC
  28. SUBANG JAYA FC
  29. TTDI 1ST TOUCH
  30. UKRC
  31. WORLD CUP VISION
  32. YOUTH SKILL ACADEMY
Sehubungan dengan itu, beliau memaklumkan bahawa pemilihan sedang berjalan untuk memilih 25 orang pelatih yang bakal menyarung jersi CIMB Foundation - YFA Bintang Muda ke pertandingan itu nanti.

Senarai penuh pemain hanya akan diumumkan pada penghujung bulan Januari 2010 nanti. Diharap para pelatih CIMB Foundation - YFA Bintang Muda dan juga mereka yang berminat untuk mewakili CIMB Foundation - YFA Bintang Muda untuk turun ke Padang Bolasepak MPAJ, Pandan Indah pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula jam 3.00 petang bagi tujuan pemilihan.

YFAMALAYSIA.COM akan menyediakan sebuah laman untuk informasi PSAS di panel sebelah kiri.

Sekian harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...