16 Januari, 2010

JUTAAN TERIMA KASIH DARI PENGARAH TEKNIKAL

Kepada
Para Pelatih, Para Ibubapa, Para Jurulatih serta semua Warga CIMB Foundation - YFA Bintang Muda yang dihormati,

Tahun 2009 adalah tahun penuh gemilang buat CIMB Foundation - YFA Bintang Muda. Izinkan saya memaparkan serba sedikit aktiviti yang telah disertai oleh warga CIMB Foundation - YFA Bintang Muda, baik pelatih maupun jurulatih disepanjang 2009 lalu.

PENGANJURAN PERTANDINGAN
  • Piala Milo-CIMB Foundation U13 2009
  • Festival Dalaman CIMB Foundation - YFA Bintang Muda 2009
  • Piala CIMB Foundation - YFA Bintang Muda U8 & U12 2009
  • Piala YDP MDHS - YFA 2009


KLINIK PERCUMA
  • SK La Salle Sentul - 129 penyertaan
  • Batang Kali, Hulu Selangor - 78 penyertaan
  • SK Tasik Sri Permaisuri - 152 penyertaan
  • Bukit Sentosa Rawang - 98 penyertaan
  • Taman Maju Jaya, Pandan Indah - 45 penyertaan
  • Padang MPAJ Pandan Indah - 162 penyertaan



JURULATIH
  • 7 jurulatih menyertai Kursus Jurulatih anjuran Persatuan Bolasepak Melaka
  • 2 jurulatih menyertai Kursus Lesen C anjuran Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA)
  • 3 jurulatih menyertai Kursus Sijil Awalan anjuran Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA)
  • 8 jurulatih menyertai Kursus Akar Umbi & Remaja anjuran bersama Gabungan Bolasepak Asia (AFC), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) & Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA)

PELATIH
  • 1 pelatih mewakili Kuala Lumpur dalam MSSM U12
  • 2 pelatih mewakili Kuala Lumpur dalam MSSM U15 dan masing2 terpilih sebagai Pemain Terbaik serta Penjaga Gol Terbaik Kejohanan
  • 1 pelatih mewakili Selangor dalam MSSM U18 dan terpilih sebagai Penjaring Terbanyak Kejohanan.
  • 2 pelatih mewakili Kuala Lumpur dalam Piala KPM U17
  • 1 pelatih mewakili Kuala Lumpur dalam Piala KPM U15
  • 2 pelatih mewakili Malaysia dalam Piala MUPC di Bali, Indonesia
  • 3 pemain Bintang Muda FC menandatangani kontrak bersama pasukan Kuala Lumpr dalam Piala Presiden

AKADEMI

INTERCONTINENTAL FOOTBALL ACADEMY CUP 2009
- (13 - 15 Disember 2009)
U10 (Juara)
U12 (Naib Juara)
U14 (Naib Juara)
U16 (Tempat Ketiga)
Keputusan Keseluruhan : JUARA

KEJOHANAN BOLASEPAK REMAJA RSC
- (12 Disember 2009)
U8 (Juara)
U10 (Juara)
U12 (Naib Juara)
U14 (Naib Juara)
U16 (Juara)
Keputusan Keseluruhan : JUARA
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir U8 : Amal Hazim Hazman
Pemain Terbaik Kejohanan U8 : Muhammad Ikmal Ramlan
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir U10 : Aqil Danish Azman
Pemain Terbaik Kejohanan U10 : Muhammad Alif Safwan
Pemain Terbaik Kejohanan U12 : Dinesh Raja Singam
Penjaring Terbanyak Kejohanan U16 : Muhammad Syafwan Syahlan
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir U16 : Abdul Halim Harun
Pemain Terbaik Kejohanan U16 : Syed Mohamad Ismail

KEJOHANAN BOLASEPAK U16 PIALA KETUA PEMUDA PAS SELANGR 2009
- (6 Disember 2009)
U16 - Juara

KARNIVAL ANTARABANGSA RSC U12 KE 7 2009
- (2-3 Ogos 2009)
U12 - Juara
Penjaga Gol Terbaik - Muhammad Fawzal Bin Abdul Muthalib
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - Alif Haikal Bin Lokman

KARNIVAL BOLASEPAK KEMERDEKAAN KE 52 PNSB
- (25-26 Julai 2009)
U8 - Juara
U10 - Juara
U12 - Tempat ke 2 kumpulan
U15 - Tempat ke 3
Pemain Terbaik Kejohanan U10 : Tanesh Muruga Rajan
Pemain Terbaik KejohananU8 : Mohd Ikmal Ramlan

KEJOHANAN LIGA PRO LEAGUE 2009
- (18 April - 11 Julai 2009, Sabtu sahaja)
U8 (Juara)
U10 (Juara)
U12 (Naib Juara)
U14 (Juara)

PIALA YDP MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR U10 2009
- (27 Jun 2009)
U8 (Tempat ke 4)
U10 (Juara)

FESTIVAL BOLASEPAK CIMB FOUNDATION U8 & U10 2009
- (24 Mei 2009)
U8 (Juara)
U10 (Juara)

KEJOHANAN BOLASEPAK REMAJA U13 KLYS
- (29 Mac 2009)
YFA Bintang Muda A (Naib Juara)
YFA Bintang Muda B (Tempat ke 5)
Pemain Terbaik Kejohanan : Jevindran Shanmuhanathan

Semua kejayaan-kejayaan diatas adalah hasil dari latihan sistematik para JURULATIH serta kesungguhan para PELATIH disamping pengorbanan para IBUBAPA yang tidak jemu-jemu membawa anak masing-masing ke padang latihan.

Malah, amat dibanggakan apabila ada para ibubapa yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga mereka untuk menghantar para pelatih pada hari latihan walaupun ada yang menetap di Sungai Besar, Sabak Bernam maupun di Seremban, Negeri Sembilan. Syabas & tahniah!

Juga tidak harus dilupakan jasa penaja utama kami iaitu CIMB Foundation serta Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang telah banyak membantu.

Untuk tahun 2010, pihak pentadbiran CIMB Foundation - YFA Bintang Muda telah bermesyuarat bersama-sama semua jurulatih pada 6 Januari 2010 dan berikut adalah perancangan untuk tahun 2010.

Januari 2010
Piala MK Land (U12)
Sirkit Bolasepak 5s MPAJ U12 (Minggu ke 3 setiap bulan)

Februari 2010
Piala Sultan Ahmad Shah (U12)
Sirkit Bolasepak 5s MPAJ U12 (Minggu ke 3 setiap bulan)

Mac 2010
Liga Little League (U8, U10, U12 & U14)
Liga Divisyen 1 Kuala Lumpur (Bintang Muda FC)
Festival Dalaman (U8, U10, U12, U14, U16 & U18)
Klinik Bolasepak (U12)
Sirkit Bolasepak 5s MPAJ U12 (Minggu ke 3 setiap bulan)

April 2010
Piala CIMB Foundation - YFA Bintang Muda (U14 & U16)
Sirkit Bolasepak 5s MPAJ U12 (Minggu ke 3 setiap bulan)

Mei 2010
Piala Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak (U14 & U16)
Piala CIMB Foundation - YFA Bintang Muda (U8, U10 & U12)
Sirkit Bolasepak 5s MPAJ U12 (Minggu ke 3 setiap bulan)

Jun 2010
Persahabatan dengan Bonggo FC, Felda Lurah Bilut, Bentong Pahang
Klinik Bolasepak (U12)
Sirkit Bolasepak 5s MPAJ U12 (Minggu ke 3 setiap bulan)

Julai 2010

Piala Sultan Ahmad Shah (U14)
Ujian Skil Tahunan
Sirkit Bolasepak 5s MPAJ U12 (Minggu ke 3 setiap bulan)

Ogos 2010
Kejohanan Bolasepak Remaja RSC U12

September 2010
Kejohanan Piala Kemerdekaan PNSB

November 2010
Kejohanan Bolasepak Remaja PKNS
Klinik Bolasepak (U12)

Disember 2010
Kejohanan Bolasepak Remaja RSC
Piala Akademi Antara Benua

Saya mengharapkan agar segala kecemerlangan ini diteruskan demi pembangunan bolasepak di negara kita, Malaysia!

Ikhlas dari,

Coach Radha
Pengarah Teknikal
CIMB Foundation - YFA Bintang Muda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...