CIMB Foundation - YFA Bintang Muda dengan bantuan dari CIMB Foundation - YFA Bintang Muda Cawangan MDHS akan mengadakan Klinik Bolasepak Remaja secara percuma pada butiran seperti berikut:
Tarikh
28hb Mac 2010 (Ahad)
Masa
8.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi
Padang Bolasepak SK Sinaran Budi, Rawang Selangor
Penyertaan
Kanak-kanak dan remaja berumur dari 6 tahun hingga 16 tahun
Klinik Bolasepak Remaja percuma ini diadakan sejajar dengan usaha CIMB Foundation - YFA Bintang Muda untuk melahirkan lebih ramai lagi bakat tempatan dalam sukan bolasepak dengan matlamat untuk melahirkan pelatih dan pemain bertaraf antarabangsa sedikit masa lagi.
Ibubapa/penjaga yang mempunyai anak-anak yang berminat dalam sukan bolasepak dan sedang atau pernah mewakili skolah dalama sukan ini wajar mengambil peluang ini untuk menyemai minat dalam diri anak kecil ini. Mana tahu, anak kecil ini bakal menggalas cabaran negara dalam sukan bolasepak di peringkat antarabangsa.
Sekalung ucapan terima kasih kepada pengurusan MDHS CIMB Foundation - YFA Bintang Muda kerana turut sama mengatur serta menguruskan klinik ini nanti. Semoga dengan usaha ini, negara pastinya tidak akan kekurangan pemain pelapis yang bakal menyarung jersi kebangsaan menggantikan pemain yang ada sekarang.
Tidak lupa juga, 100 PENYERTAAN TERAWAL akan menerima sijil dan baju-T percuma!