15 Mac, 2010

KEJOHANAN ANTARABANGSA LITTLE LEAGUE 2010

Pengarah Teknikal CIMB Foundation - YFA Bintang Muda, En Radakrishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa CIMB Foundation - YFA Bintang Muda akan mengambil bahagian dalam acara tahunan anjuran Little League Malaysia seperti berikut:

Tarikh
20 & 21 Mac 2010 (Sabtu & Ahad)

Lokasi
Alice Smith School
No. 3 Jalan Equine, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan Selangor

Kategori
U8, U10, U12, U14 & U16

Peringatan
Pelatih yang terpilih perlu berada di lokasi pada/sebelum jam 7.00 pagi dengan memakai jersi latihan warna oren dan sila bawa bersama kelengkapan peribadi untuk kejohanan.

Selamat berjuang diucapkan kepada semua pelatih terbabit dan dalam apa jua situasi dihari kejohanan nanti, pastikan semangat kesukanan serta semangat berpasukan diutamakan.

Ibubapa boleh muat-turun jadual perlawanan hari Sabtu - peringkat kumpulan dan hari Ahad - peringkat kalah mati.

Sekian, harap maklum.

"Kita Menang Sebagai Satu Pasukan"
Kita Kalah Juga Sebagai Satu Pasukan"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...