26 April, 2010

FESTIVAL BOLASEPAK REMAJA CIMB FOUNDATION - YFA BINTANG MUDA U14 & U16 2010

Pengarah Teknikal CIMB Foundation - YFA Bintang Muda, En Radakrishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa segala persiapan sedang rancak di jalankan bagi memastikan festival bolasepak yang dirancang pada 8hb Mei 2010 berlangsung dengan sempurna.

Antara pasukan-pasukan yang akan turut mengambil bahagian adalah Junior Football Academy, MBJ United, Royal Selangor Club RSC), R'slan Football Academy, Smart FC, Spartan FC, Ulu Klang Reacreation Club (UKRC) dan tidak ketinggalan pasukan tuan rumah iaitu CIMB Foundation - YFA Bintang Muda sendiri yang akan diwakili pelatih-pelatih dari 3 cawangan iaitu Sungai Buloh, Bukit Beruntung/Rawang dan Pandan Indah (gabungan cawangan Pandan Indah, Sentul & Cheras).

Mesyuarat Pengurus Pasukan serta cabutan undi akan dijalankan pada 29hb April 2010 di pejabat CIMB Foundation - YFA Bintang Muda Pandan Indah.

Diharap pasukan pasukan yang menyertai festival bolasepak ini dapat menghantar pasukan terkuat mereka bagi memastikan bakat bolasepak pemain remaja tempatan dapat digilap dan diasuh demi masa depan bolasepak tanahair.

Sementara itu, nantikan info terkini mengenai FESTIVAL BOLASEPAK U8, U10 & 12 serta klinik bolasepak remaja yang buat julung kalinya akan diadakan di luar Lembah Klang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...