07 Jun, 2010

KEJOHANAN PIALA CIMB FOUNDATION U8, U10 & U12 2010

Sekali lagi, CIMB Foundation - YFA Bintang Muda akan menganjurkan kejohanan bolasepak remaja bagi mencungkil bakat-bakat baru dari peringkat awal lagi. Kejohanan yang dikenali sebagai Kejohanan Piala CIMB Foundation U8, U10 & U12 2010 ini bakal mengumpulkan 300 bintang cilik dari sekitar Lembah Klang termasuk pasukan jemputan dari utara tanahair.

Kejohanan ini bakal berlangsung pada hari Sabtu, 19hb Jun 2010 bermula jam 8.00 pagi bertempat di Institut Perguruan Teknik Malaysia, Cheras Kuala Lumpur. Antara pasukan yang akan mengambil bahagian adalah MBJ United, Royal Selangor Club, Bonggo FC (Lurah Bilut Bentong), Little League Soccer, Subang Jaya FC, Sri Kedah FC dan tidak ketinggalan tuan rumah, CIMB Foundation - YFA Bintang Muda.


Pasukan-pasukan ini akan dipecahkan kepada 2 kumpulan di mana setiap kumpulan akan mengandungi 5 pasukan. Setelah kesemua perlawanan diperingkat kumpulan selesai, johan dan naib johan kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir dan pemenang perlawanan akan beraksi diperingkat akhir manakala pasukan yang kurang bernasib baik akan berlawan untuk merebut tempat ke tiga dan ke empat. Tempoh masa perlawanan untuk kategori U8 & U10 permainan adalah selama 10 minit manakala untuk kategori U12 pula selama 12 minit.

Semoga kejohanan ini dpat melahirkan bakat-bakat baru tanahair dan sekaligus menjadi pemain pelapis negara suatu hari nanti. Jutaan terima kasih diucapkan kepada CIMB Foundation kerana menyokong usaha untuk memartabatkan kembali sukan bolasepak tanahair.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...