14 Jun, 2010

PELATIH CIMB FOUNDATION - YFA BINTANG MUDA MENGETUAI 2 PASUKAN NEGERI KE MSSM

Tahniah dan syabas diucapkan kepada CIMB Foundation - YFA Bintang Muda kerana bukan sahaja berjaya melahirkan ramai bakat cemerlang dalam sukan bolasepak, malah berjaya melahirkan pemimpin berkaliber yang bakal mengetuai pasukan bolasepak Malaysia suatu hari nanti, jika diberi peluang.

Berlangsung di Terengganu dari 7-12 Jun 2010, Kejohanan Bolasepak Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) menyaksikan 5 pelatih CIMB Foundation - YFA Bintang Muda telah terpilih mewakili negeri masing-masing dan 2 daripadanya telah dipilih sebagai Ketua Pasukan untuk negeri Wilayah Persekutuan dan Selangor. Mereka adalah adik Kogileswaran Raj a/l Mohan Raj dan adik Muhammad Syazwan Bin Salihin. Kesemua mereka adalah pemain dari skuad Piala Sultan Ahmad Shah.


Mereka berdua telah berjaya membawa pasukan masing-masing ke peringkat separuh akhir. Bakat kepimpinan mereka diteruskan apabila adik Kogileswaran berjaya membawa pasukan Wilayah Persekutuan menjuarai Kejohanan Bolasepak Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) manakala adik Syazwan berjaya membawa pasukan Selangor mendapat tempat ke tiga.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka semua. Terima kasih juga diucapkan kepada para ibubapa yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan kepercayaan kepada CIMB Foundation - YFA Bintang Muda untuk melatih pelatih muda ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...