05 Julai, 2010

DATO' SRI NAZIR RAZAK TURUN PADANG

Diam tak diam, Piala Sultan Ahmad Shah U12 2010 hampir melabuhkan tirainya. Pasukan Piala Sultan Ahmad Shah CIMB Foundation - YFA Bintang Muda (PSAS CIMB-YFA) yang dibarisi oleh para pelatih yang berusia dari 10, 11 dan 12 tahun gigih beraksi setiap minggu demi membuktikan bahawa pembangunan bolasepak peringkat akar umbi di Malaysia mampu melahirkan pemain remaja bertaraf antarabangsa seperti di negara-negara Eropah jika diberi peluang serta sokongan dana yang berterusan dalam jangka masa  diperuntukkan.

Skuad PSAS CIMB-YFA telah diletakkan di dalam Kumpulan A bersama dengan 16 pasukan lain yang bermain secara liga 'home' dan 'away' bermula dari 06/03/2010. Hasil dari 26 perlawanan setakat ini, skuad PSAS CIMB-YFA berada dikedudukan seperti berikut:



(Butiran perlawanan sila klik skuad PSAS CIMB-YFA di panel kiri)

Sabtu ini (10/07/2010) bakal menyaksikan skuad PSAS CIMB-YFA beraksi dalam baki 3 perlawanan terakhir di peringkat kumpulan setelah satu pasukan menarik diri pada permulaan pusingan kedua. Walau apapun keputusan pada hari Sabtu ini, skuad PSAS CIMB-YFA tetap akan beraksi dalam pusingan 'kalah mati' pada hari Ahad, (11/07/2010) yang membabitkan 16 pasukan sebelum mara ke peringkat suku akhir.

Demi memeriahkan lagi perlawanan pada hari Sabtu ini, Pengurus Pasukan skuad PSAS CIMB-YFA merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Dato' Sri Nazir Razak akan turun padang menyaksikan baki perlawanan ini. Kehadiran Dato' Sri Nazir Razak pastinya akan membakar semangat juang para pemain.

Manakala pada perlawanan pusingan 'kalah mati', Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Dato' Mohd Shukri Hussin akan mewakili Dato' Sri Nazir Razak bagi merasai kehangatan pertandingan ini, sama seperti perlawanan akhir Piala Dunia!

Lokasi perlawanan pada hari Sabtu dan Ahad adalah seperti berikut:

INSTITUTE KRAF NEGARA
NO.1, KM20 JALAN  IPOH -RAWANG
TAMAN REKREASI TEMPLER

Para pemain juga pastinya tidak akan berasa kekok dengan kehadiran Dato' Sri Nazir Razak dan Dato' Mohd Shukri Hussin kerana skuad PSAS CIMB-YFA pernah beraksi menentang pasukan pilihan pengurusan CIMB sedikit masa dahulu.

Moga dengan sokongan berterusan semua pihak termasuk dari CIMB Foundation, ibubapa dan jurulatih, adalah tidak mustahil jika skuad PSAS CIMB-YFA terus mengorak langkah dan seterusnya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah edisi kedua ini!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...