12 Julai, 2010

LATIHAN HARI AHAD, 18 JULAI 2010 DIBATALKAN

Pengarah Teknikal CIMB Foundation - YFA Bintang Muda, En Radakrishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa latihan pada hari Ahad, 18/07/2010 telah dibatalkan disemua cawangan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda.

Ini berikutan kejayaan skuad Piala Sultan Ahmad Shah CIMB Foundation - YFA Bintang Muda (PSAS CIMB YFA) mara ke peringkat akhir untuk penentuan tempat ke tiga dan ke empat menentang pasukan naib johan tahun lalu iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras (Berhadapan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, HUKM).

Oleh yang demikian, 2 buah bas telah disediakan bagi membawa para pelatih yang ke lokasi perlawanan. Informasi mengenai perjalanan bas adalah seperti berikut:

Lokasi Berkumpul
Padang Bolasepak MPAJ, Pandan Indah

Tarikh Berkumpul
18hb Julai 2010

Masa Berkumpul
2.00 petang

Peringatan
Pelatih memakai jersi latihan oren, seluar trek dan kasut sukan.

Sehubungan dengan itu, para pelatih CIMB Foundation - YFA Bintang Muda dari semua cawangan dipelawa hadir untuk memberi sokongan kepada skuad muda ini. Suka juga diingatkan bahawa kemudahan bas ini adalah untuk para pelatih sahaja memandangkan jumlah pelatih yang ramai yang akan turut serta.

Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda dalam perlawanan penentuan ini nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...