30 Ogos, 2010

CIMB - YFA BINTANG MUDA SUDAH 7 TAHUN!!!

Tanggal 31hb. Ogos 2003 menyaksikan, selain dari seluruh rakyat Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan  negara yang ke 46, kelihatan 3 orang kanak-kanak cilik di Padang Bolasepak Awam Sentul dilatih agar dapat merasai keseronokan bermain bolasepak dengan cara yang betul.

Kanak-kanak ini diawasi oleh seorang dewasa yang mahu menjadikan anak-anak ini pemain yang berpendidikan bolasepak, komited serta menjadi contoh kepada pemain lain disamping melahirkan kelompok pemain yang mahir, kuat dan mantap dari segi teknikal, taktikal dan mental.

7 tahun berlalu, kini CIMB - YFA Bintang Muda terus berkembang demi untuk mengembalikan kegemilangan bolasepak Malaysia dengan melahirkan PELATIH-PELATIH berbakat serta mengelakkan remaja dari terjebak dengan aktiviti tidak sihat.

Selain dari pembangunan dari peringkat akar umbi, CIMB - YFA Bintang Muda turut melahirkan generasi JURULATIH bolasepak berteraskan akademik dan profesional yang menggunakan sains sukan untuk membantu mengembangkan kualiti pemain dengan merancang, menilai, menguji dan memantau prestasi jurulatih demi mengembalikan MARUAH BOLASEPAK TANAHAIR!

Selain dari itu, pembangunan bolasepak di peringkat akar umbi turut didorong dengan SOKONGAN IBUBAPA yang tidak jemu-jemu menanti di bawah redupan pokok (dan kadang-kala sama berpanas di tepi kawasan latihan maupun pertandingan) demi memberi sokongan tidak berbelah bagi terhadap anak mereka.

Jutaan terima kasih buat kesemua ibubapa, baik dari era penubuhan Akademi sehinggalah ke era ini, yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit dalam sama sama menaikkan nama CIMB - YFA Bintang Muda. Terima kasih juga kepada semua jurulatih-jurulatih yang sanggup berpanas dan berhujan demi melatih anak-anak ini meminati sukan bolasepak.

Juga ucapan TERIMA KASIH kepada pihak CIMB FOUNDATION yang sentiasa membantu dan mendorong MENJANA TRANSFORMASI 1 MALAYSIA menerusi pembangunan bolasepak diperingkat akar umbi.

TERIMA KASIH SEMUA ... 7 TAHUN YANG AMAT BEHARGA!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...