02 September, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA

Pengarah Teknikal CIMB-YFA Bintang Muda, En. Radakrishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa 2 perlawanan persahabatan antarabangsa telah diatur pada penghujung bulan September 2010 ini.

Menurut beliau, CIMB-YFA Bintang Muda telah dipilih dari senarai akademi-akademi di Malaysia yang bersungguh-sungguh dalam memperkembangkan sukan bolasepak dari peringkat akar umbi disamping rekod-rekod kejohanan yang disertai.

Butiran perlawanan adalah seperti berikut:


CIMB-YFA Bintang Muda lwn Sydney FC, Australia
Tarikh : 25hb. September 2010
Masa : 5.00 petang
Lokasi : Padang Bolasepak MSN Bukit Jalil
Kategori : U16 sahaja

Kepada yang berminat bolehlah hadir ke lokasi perlawanan. Tiada bayaran dikenakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...