21 Ogos, 2010

RAMADA INTERNATIONAL TOURNAMENT BANGKOK 2010

CIMB - YFA Bintang Muda mengorak langkah untuk mempromosikan Negara Malaysia dalam pembangunan sukan bolasepak dari akar umbi dengan penyertaan dalam "Ramada International Tournament Bangkok 2010".

Acara bolasepak tahunan ini adalah anjuran Akademi Bolasepak Can U Kick It, Bangkok dengan tajaan Ramada Hotel dan akan berlangsung selama 2 hari dari 27-28 November 2010 (Sabtu dan Ahad) bertempat di Sekolah Antarabangsa Harrow, Bangkok Thailand.

Antara akademi-akademi yang turut mengambil bahagian termasuklah dari Singapura, Malaysia, China, Hong Kong, Indonesia, Australia, Japan, Qatar dan tuan rumah Thailand.

Sebanyak 12 pasukan akan mengambil bahagian dalam kategori umur U7, U8, U10, U12, U14 dan U16 yang dipecahkan kepada 2 kumpulan dengan perlawanan secara liga akan dilangsungkan pada hari Sabtu manakala perlawanan 'kalahmati' akan dijalankan pada hari Ahad.

CIMB-YFA Bintang Muda akan menghantar 2 pasukan iaitu U10 & U12. Pemilihan sedang diadakan untuk menghantar pasukan terbaik dan latihan intensif dijangka bermula sebaik sahaja selepas Hari Raya Aidilfitri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...