16 November, 2008

MINI NIKE CUP U15 2008

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda, En. Radha telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa seramai 11 orang pelatih YFA Bintang Muda telah dipilih untuk menyertai Kejohanan Mini Piala Nike U15 2008 yang akan berlangsung pada Sabtu, 22/11/2008 bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Kejohanan mini yang julung-julung kali diadakan ini hanya disertai oleh 3 akademi bolasepak sekitar Lembah Klang termasuk YFA Bintang Muda. Semua pelatih yang menyertai pertandingan ini akan menerima sepasang jersi Nike (dengan nama pelatih tertera di belakang jersi) serta stokin dan but berjenama Nike.

Juara kejohanan ini akan ditemukan dengan pasukan Remaja Malaysia dan adalah tidak mustahil mereka berpeluang untuk menyarung jersi kebangsaan jika berjaya memikat hati jurulatih pasukan kebangsaan dengan kebolehan mereka di tengah padang.

Mereka yang terpilih adalah seperti berikut:
  1. Ameer Hassan Bin Meera Hussain
  2. Muhammad Hadin Bin Azman
  3. Yusrin Bin Yusop
  4. Zulhelmi Bin Zolkepli
  5. Ahmad Aminuddin Bin Muhamad
  6. Mohd Syarwan Bin Syahlan
  7. Muhd Iskandar Bin Mohd Ismail
  8. Varathan a/l Murugarajan
  9. Shiddiqin Bin Mua'z
  10. Muhd Shamar Bin Fadzil
  11. Aritz Bin Zainal
Pelatih dan ahli keluarga adalah dipelawa untuk memberi sokongan kepada pasukan YFA Bintang Muda yang akan memulakan perlawanan mereka seawal jam 3.00 petang. Pelatih yang ingin hadir memberi sokongan diminta memakai jersi latihan hari Sabtu (Baju merah dan seluar kuning).

Sehubungan dengan itu, latihan di cawangan Pandan Indah telah dibatalkan untuk memudahkan para pelatih memberi sokongan kepada pasukan YFA Bintang Muda yang bertanding. Sokongan para ibubapa amat dihargai. Sekian, harap maklum.



Sementara itu, promosi berkenaan pembukaan cawangan baru YFA Bintang Muda di kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) sedang giat dijalankan. Ini termasuklah dengan promosi ke akhbar akhbar harian tempatan. Hari ini, berita mengenainya ada tersiar di akhbar Sinar Harian.

YFA Bintang Muda & YFAMALAYSIA.COM juga ingin mengucapkan tahniah kepada 2 orang pelatih YFA Bintang Muda yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR yang keputusannya telah diketahui pada hari Khamis lepas.

Mereka adalah:
  • Muhammad Shukery Bin Muhammad Affendy (Cawangan Cheras)
  • Davaan Jayabalan (Cawangan Pandan Indah)
Mereka berdua telah mendapat keputusan 5A!!! ... Syabas dan tahniah! ... Ada juga dikalangan pelatih lain yang mendapat 4A, 3A serta 2A yang mana menunjukkan pencapaian di dalam akademik boleh cemerlang jika bijak membahagikan masa di antara waktu belajar dan waktu bersukan.

Para pelatih ini juga disepanjang tempoh latihan dari awal tahun hinggalah tempoh mereka dibenarkan berehat dari mengikuti latihan (Bulan Jun) tidak pernah gagal untuk menghadiri latihan. Malah ada diantara mereka yang turut hadir walaupun peperiksaan UPSR semakin dekat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...