17 September, 2010

SALAM TAKZIAH


Seorang pelatih CIMB - YFA Bintang Muda U15 yang berbakat besar, adik Amirul Fahmi Asyraf Bin Mohd Amin telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi (Jumaat, 17/09/2010) setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya berhampiran Tanjung Karang, Selangor.

Ketika kemalangan, allahyarham bersama-sama ayah, nenek, kakak dan adik menaiki kereta dalam perjalanan pulang ke rumah di Bandar Saujana Utama, Sg. Buloh dari kampung selepas berhari raya di sana. Lain-lain ahli keluarga turut  tercedera dalam kemalangan tersebut.


Allahyarham menyertai  CIMB - YFA Bintang Muda sejak berusia 13 tahun dan bermain sebagai pemain pertahanan kanan. Allahyarham mudah mengikut arahan dan tunjuk ajar jurulatih semasa latihan an seorang yang sentiasa tersenyum serta amat disenangi oleh rakan lain.

Allahyarham juga merupakan pemain utama yang membantu pasukan SMK Saujana Utama menjuarai pertandingan bolasepak MSSD Kuala Selangor 2010. Sebelum itu, allahyarham menamatkan zaman persekolahan rendahnya di SK Pandan Indah dari tahun 2002-2007 dan menjawat jawatan sebagai  Ketua Pengawas Sekolah..


Jurulatih  dan pihak pentadbiran CIMB - YFA Bintang Muda serta YFAMALAYSIA.COM mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham. Jenazah telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kg. Gajah, Perak selepas Sembahyang Jumaat..

Bersamalah kita sedekahkan Al-Fatehah moga roh allahyarham dicucuri rahmat ... Amin


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...