Pengarah Teknikal CIMB-YFA Bintang Muda, En RadaKrishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa CIMB-YFA Bintang Muda sedang mengorak langkah untuk mengadakan sebuah kejohanan khas untuk pelatih berumur 10 tahun dari akademi-akademi bolasepak sekitar tanahair.
Kejohanan yang akan dikenali sebagai KL Grassroot League 2011 - KLGRL (Liga Akar Umbi Kuala Lumpur 2011) akan membabitkan penyertaan dari 16 akademi dan dijangka akan berlangsung selama 4 bulan.
Peringkat permulaan akan membabitkan kesemua akademi bertanding bagi merebut PIALA LIGA CIMB U10 yang mana juara dan naib juara akan menerima hadiah dari pihak penganjur iaitu CIMB-YFA Bintang Muda.
Selepas itu, 16 akademi ini akan dipecahkan kepada 2 kumpulan dan akan bertanding lagi bagi merebut PIALA CIMB U10 dan sudah pastinya hadiah-hadiah menarik bakal menanti johan dan naib johan seperti medal, jersi, peralatan latihan untuk akademi serta peralatan peribadi untuk pelatih.
Moga dengan adanya kejohanan ini yang lahir dari idea dan usaha murni Yayasan CIMB dan CIMB-YFA Bintang Muda, mutu bolasepak negara akan terus berkembang dengan matlamat mahu meletakkan nama Malaysia di dalam peta bolasepak dunia.