07 Disember, 2009

CIMB FOUNDATION - YFA BINTANG MUDA U16 MENYERLAH!

CIMB Foundation - YFA Bintang Muda telah dijemput untuk memeriahkan pertandingan tahunan bolasepak yang dikenali sebagai Kejohanan Bolasepak U16 Piala Ketua Pemuda PAS Selangor 2009.

Kejohanan ini telah berlangsung di Padang Awam Semenyih, Semenyih Selangor pada 6 Disember 2009. Sebanyak 32 pasukan telah menyertai kejohanan ini yang berformatkan 'kalah mati'.




Dikejohanan ini, CIMB Foundation - YFA Bintang Muda berpeluang berpeluang menguji kesiapsiagaan pasukan U16 & U14 sebagai pertandingan pemanas badan sebelum menjelangnya Kejohanan RSC pada 12 Disember 2009 nanti.


Nyata, penyertaan kita ini tidak pulang dengan tangan kosong kerana CIMB Foundation - YFA Bintang Muda telah dinobatkan sebagai juara apabila berjaya memenangi kesemua perlawanan dengan bergaya. SYABAS!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...