05 Disember, 2009

INFO TERKINI : KEJOHANAN RSC 2009

Berikut adalah informasi terkini berkaitan Kejohanan Bolasepak Antarabangsa RSC atau lebih dikenali sebagai Piala Dato Chu Ah Ngee 2009.

Penyertaan pasukan:
  1. Royal Selangor Club (RSC)
  2. BSA Australia
  3. Premier FA Australia
  4. Putra FC Singapore
  5. Global FA Singapore
  6. CIMB Foundation - YFA Bintang Muda (YFA)
  7. Brazil FC (BFC)
  8. Bintang Biru Penang
  9. Kuala Lumpur Youth Soccer (KLYS)
  10. Arsenal Soccer Schools Malaysia



Kategori U8
A : BSA, Aus; Putra FC, Singapore; KLYS; YFA; Bintang Biru.
B : Premier FA, Aus; Global FA, S'pore; Arsenal Soccer Sch. Malaysia; Brazil FC; RSC.

Kategori U10
A : RSC; Global FA; Brazil FC; BSA Aus; Bintang Biru.
B : Premier FA Aus; Putra FC S'pore; YFA; KLYS; Arsenal Socc. Sch. M'sia.

Kategori U12
A : BSA, Aus; Global FA, S'pore; KLYS; Arsenal Socc. Sch. M'sia; YFA.
B : Premier FA, Aus; Putra FC, S'pore;RSC; Brazil FC; Arsenal Socc. Sch. M'sia.
(Pengesahan akan dibuat secepat mungkin)

Kategori U14
A : BSA, Aus; Putra FC, S'pore; Brazil FC; Arsenal Socc. Sch. M'sia; RSC
B : Premier FA, Aus; Global FA, S'pore; YFA; Bintang Biru; KLYS.

Kategori U16
A : BSA, Aus; Global FA, S'pore; KLYS; YFA; Arsenal Socc. Sch. M'sia.
B : Premier FA, Aus; Putra FC, S'pore; RSC; Brazil FC; Bintang Biru.

KATEGORI UMUR
Setiap pasukan akan menyertai 5 kategori umur seperti berikut:
U8 : Lahir pada atau selepas 2001
U10 : Lahir pada atau selepas 1999
U12 : Lahir pada atau selepas 1997
U14 : Lahir pada atau selepas 1995
U16 : Lahir pada atau selepas 1993

KELAYAKAN PEMAIN
Mana-mana pemain yang pernah mewakili Sekolah Sukan, Sekolah Projek, Akademi Bolasepak Negeri/Negara, Majlis Sukan Sekolah Malaysia atau mewakili negara dalam apa jua kategori umur pada tahun 2009 tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.

Mana-mana pasukan yang melanggar paraturan kategori umur dan/atau kelayakan pemain di atas akan dibatalkan penyertaan dalam kategori umur tersebut dan tidak dibenarkan meneruskan penyertaan dalam kejohanan ini. Keputusan akan berpandukan kepada penilaian jawatankuasa penganjur yang mana keputusan mereka adalah muktamad.

Mana-mana pasukan dibenarkan untuk memeriksa senarai pemain pasukan lawan sebelum perlawanan bermula. Semua pasukan perlu mengemukakan sijil kelahiran asal / kad pengenalan asal untuk menentukan kelayakan pemain menyertai pertandingan ini pada bila bila masa sepanjang kejohanan.

Rekod penyertaan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda dalam Kejohanan RSC:
2007 : Naib Johan (Kurang satu mata dari johan)
2008 : Naib Johan (Jumlah mata sama dengan johan)

Sekian, harap maklum,


"MENANG SEBAGAI SATU PASUKAN"
"KALAH JUGA SEBAGAI SATU PASUKAN"


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...