08 Disember, 2009

PERLAWANAN PERSAHABATAN MENENTANG TIGER FC!

Pengarah Teknikal CIMB Foundation - YFA Bintang Muda, En Radhakrishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa pasukan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda telah diberi kepercayaan untuk menguji sebuah pasukan yang sedang hangat diperkatakan diseluruh Malaysia iaitu pasukan Tiger FC.

Seperti yang semua sudah maklum, pasukan Tiger FC ini telah ditubuhkan dengan pencarian ke seluruh pelusuk Malaysia untuk mencari pemain berbakat yang akan diketengahkan agar menjadi pemain pelapis kepada pasukan Malaysia yang sedia ada suatu masa nanti.



Oleh yang demikian, mari beramai ramai menyaksi dan memberi sokongan kepada kedua pasukan yang akan bertemu seperti berikut:

Perlawanan Persahabatan
CIMB Foundation - YFA Bintang Muda vs Tiger FC

Tarikh / Masa
Jumaat, 11 Disember 2009 (3.30 petang)

Lokasi
Padang Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil

Sekian, harap maklum,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...