23 November, 2008

IMPIAN JADI NYATA!



Bertempat di Stadium Bolasepak KLFA Cheras, Sabtu 22 November 2008, 12 orang pelatih YFA Bintang Muda telah membuktikan bahawa kehadiran mereka dipersada bolasepak tanahair perlu diberikan perhatian dalam Mini Nike Cup 2008.

Apatah lagi, dengan menyarung jersi Kebangsaan, semangat mereka semakin berkobar-kobar apabila telah digandingkan bersama pemain-pemain kebangsaan yang kebetulan baru pulang dari menyertai Cabaran Piala Grand Royal di Myanmar.

Mini Nike Cup 2008 diadakan bersempena dengan pelancaran kit baru pasukan Kebangsaan yang akan bertanding di dalam Piala Suzuki AFF di Bangkok dari 5 - 28 Disember 2008 depan.
Secara tidak langsung telah memberikan peluang kepada 12 pelatih ini beraksi dalam kejohanan 4 akademi bolasepak sekitar Lembah Klang yang terdiri dari YFA Bintang Muda, Arsenal Soccer School, Subang Jaya FC serta Akademi Nur Nilam.

Pertandingan diadakan secara kalah mati dan pasukan YFA Bintang Muda telah berjaya untuk mara ke peringkat akhir setelah berjaya menewaskan Akademi Nur Nilam pada perlawanan pertama. Perlawanan akhir telah menemukan YFA Bintang Muda dengan Subang Jaya FC yang berjaya menewaskan Arsenal Soccer School.

Menariknya, pada perlawanan akhir kedua dua pasukan telah diberikan suntikan semangat serta pengalaman dari bekas pemain-pemain kebangsaan.

Pelatih YFA Bintang Muda telah digandingkan dengan K Gunalan, Khan Hung Meng dan Amir Hakim manakala Anuar Abu Bakar dan V Murugan mewakili Subang Jaya FC.

Syabas dan tahniah kepada kesemua akademi yang menyertai kejohanan ini terutamanya kepada pelatih YFA Bintang Muda kerana tidak pernah tunduk kepada tekanan disamping berjaya mengekalkan persefahaman sepasukan disepanjang permainan.

Terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta Nike yang telah berjaya menganjurkan kejohanan ini. Hadir sama ialah Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad, Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad dan Jurulatih kebangsaan, B Sathianathan.

Semak ruangan GALERI untuk gambaran lanjut!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...