20 November, 2008

PELANCARAN CAWANGAN BUKIT BERUNTUNG

Suka diingatkan sekali lagi bahawa pelancaran cawangan baru YFA Bintang Muda di Bukit Beruntung akan berlangsung seperti dijadualkan hasil bantuan, sokongan dan kerjasama Majlis Daerah Hulu Selangor.

Beserta dengan pelancaran ini, sebuah Klinik Bolasepak Remaja akan dijalankan secara PERCUMA. Kanak-kanak dan remaja berumur diantara 6 tahun hingga 16 tahun dipelawa menyertainya.


Tarikh
22hb November 2008 (Sabtu)

Masa
08.00 Pagi

Lokasi
Padang Awam Bukit Beruntung
(Berhadapan Stesen Minyak Mobil)


Kanak-kanak dan remaja yang berminat boleh mendaftar pada hari tersebut. Sila hadir bersama ibubapa/penjaga dan berjumpa dengan Puan Amirtha. Pendaftaran juga dibuka pada setiap kali sessi latihan.

Kepada pelatih yang sudah mendaftar, berikut adalah sessi latihan seterusnya untuk Cawangan Bukit Beruntung.


Sabtu : 8.00 pagi - 10.00 pagi
Ahad : 8.00 pagi - 10.00 pagi

Pihak YFA Bintang Muda amat-amat berterima kasih kepada Majlis Daerah Hulu Selangor kerana sudi bekerja sama dengan YFA Bintang Muda.

Akhirkata, majulah MDHS-YFA Bintang Muda demi pembangunan bolasepak Malaysia!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...