CIMB Foundation-YFA Bintang Muda akan menyertai satu lagi kejohanan bertaraf antarabangsa yang dikenali sebagai 'Intercontinental Football Academy Cup 2009' seperti butiran berikut:
Tarikh
13 hingga 15 Disember 2009
Lokasi
Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Subang Jaya
USJ5 Subang Jaya Selangor
Pertandingan ini adalah anjuran bersama Bowen Soccer Academy Australia serta Arsenal Soccer School Malaysia. Antara pasukan-pasukan yang akan turut serta dalam pertandingan ini ialah:
- Bowen Soccer Academy (BSA), Australia
- Premier Football Australia Academy, Australia
- CIMB Foundation-YFA Bintang Muda
- Arsenal Soccer School
- PNSB
- Putra Kapar, Klang
- Subang Jaya Municipal Council
- RSC
Kategori terbabit adalah seperti berikut:
- U10 – Lahir pada atau selepas 01 September 2001
- U12 – Lahir pada atau selepas 01 September 1996
- U14 – Lahir pada atau selepas 01 September 1994
- U17 – Lahir pada atau selepas 01 September 1991
Kategori U10 akan bermain dalam format 9 sebelah dan Kategori U12 ke atas akan bermain dalam format 11 sebelah. Pertandingan akan dipecahkan kepada 2 kumpulan dan akan bermain secara liga. 2 pasukan teratas akan mara ke peringkat suku akhir.
Moga pasukan CIMB Foundation-YFA Bintang Muda akan beraksi cemerlang dalam kejohanan ini demi memartabatkan nama Malaysia dipersada antarabangsa.