19 Julai, 2010

KLINIK BOLASEPAK PERCUMA DAN PENCARIAN BAKAT BARU

Pengarah Teknikal CIMB-YFA Bintang Muda, En. Rada Krishnan telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa satu lagi klinik bolasepak PERCUMA bakal dikendalikan untuk mencari bakat-bakat baru dari peringkat akar umbi bagi merialisasikan konsep 1 Malaysia.

Klinik Bolasepak kali ini bakal menjurus kepada pencarian bakat-bakat baru dari kalangan remaja berbangsa Cina. Butiran klinik tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh
24hb Julai 2010 (Sabtu)

Masa
8.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi
SJK(C) ON PONG, LOT 6, JALAN BESAR,
68000 AMPANG, SELANGOR.

Kategori
U8, U10 & U12 sahaja

Idea pencarian bakat baru bagi pembentukan sebuah pasukan 1 Malaysia CIMB-YFA Bintang Muda ini telah dicetuskan hasil dari perbincangan bersama pihak pengurusan Yayasan CIMB dan YFA Bintang Muda.


Oleh yang demikian, sesiapa yang berminat ambillah peluang ini sebagai menyahut seruan 1 Malaysia, sila hadir ke lokasi klinik pada masa dan tarikh seperti yang dinyatakan di atas. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Pengarah Teknikal CIMB-YFA Bintang Muda, En. Rada Krishnan ditalian 016-6750081.

Sekian, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...