05 Ogos, 2011

PERADUAN REKACIPTA JERSI CIMB-YFA



Pengarah Teknikal CIMB-YFA Bintang Muda, Coach Rada telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa CIMB-YFA akan menganjurkan PERADUAN REKACIPTA JERSI CIMB-YFA yang dibuka khas buat pelatih serta ahli keluarga CIMB-YFA.

Berikut adalah butiran lanjut mengenai peraduan tersebut:



TUJUAN & OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada pelatih CIMB-YFA dan keluarga dalam mencetuskan idea yang kreatif serta daya imaginasi tinggi yang boleh diketengahkan dalam rekabentuk dan penghasilan jersi yang beridentitikan CIMB-YFA.

2. Tanda penghargaan disamping merapatkan perhubungan diantara pelatih CIMB-YFA dan keluarga dengan Pentadbiran CIMB-YFA.

3. Rekaan yang terpilih akan dicetak dan seterusnya akan digunakan sebagai jersi latihan dan pertandingan CIMB-YFA.


SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada semua pelatih CIMB-YFA dan keluarga.

2. Terdapat 5 (lima) kategori penertaan seperti berikut:
  • a. Jersi Latihan Sabtu
  • b. Jersi Latihan Ahad
  • c. Jersi Pertandingan ‘Home’
  • d. Jersi Pertandingan ‘Away’
  • e. T-Shirt Rasmi Berkolar


3. Semua penyertaan hendaklah disertakan logo CIMB-YFA dan CIMB Foundation seperti yang terdapat diborang penyertaan.

4. Semua penyertaan hendaklah asli dan tidak akan dikembalikan serta menjadi hakmilik CIMB-YFA dan akan digunakan untuk tujuan publisiti.

5. Semua penyertaan hendaklah menggunakan warna korporat CIMB-YFA (Biru tua & biru muda).

6. Penyertaan adalah PERCUMA. Sila catatkan butiran diri yang lengkap di dalam borang penyertaan dan sila tandakan SATU kategori untuk satu borang penyertaan (A, B, C, D atau E).

7. Pihak CIMB-YFA tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan, kerosakan atau apa-apa kos penyertaan.

8. Keputusan pertandingan yang dibuat oleh pihak CIMB-YFA adalah muktamad.

9. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2011.

Untuk mendapatkan borang penyertaan, KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...